Kau Mujahidah
Buat ukhtiku yang bertudung labuh, jangan sesekali memandang rendah
pada wanita yang tidak bertudung labuh. Kerana mungkin jauh di sudut
hati mereka, adanya rasa suci ingin bertudung labuh sepertimu.
Dan ukhtiku yang tidak bertudung labuh, doakanlah si pemakai tudung
labuh itu untuk terus istiqomah bertudung labuh. InsyaAllah, malaikat
akan turut membisikkan keinginan dan kekuatan buat dirimu untuk turut
merasai keindahan memakai tudung labuh itu.
#Ketahuilah, bukan semua pemakai tudung labuh itu solehah. Tetapi
semestinya wanita solehah itu seorang yang berpakaian menepati
syariatNya.
*Salam penuh cinta dan sayang buat seluruh wanita di dunia. Doakan saya juga bakal sesolehahmu. Dan nanti, bila awak solehah, saya solehah. Kita bakal sama-sama mewarnai dunia dengan wanita solehah. InsyaAllah:)