Allah

Allah

Monday, 4 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 3

“Awak dengarlah cerita saya, biar awak dapat rasa, macam mana geramnya hati saya dengan lelaki keparat tu,” Elly memusingkan tubuhnya untuk berhadapan dengan lelaki itu.

Ting!!

“Eh, sama floor ke kita? Awak nak interview sekali ke?” Elly pelik.  Faizi hanya memberikan senyuman dan pergi. Satu perasaan menyelinap masuk dalam hatinya. Suka?

Elly terus menonong pergi ke bangku yang disediakan, untuk menunggu giliran dia di pangggil masuk ke bilik temu duga. Kepala Elly sekejap toleh ke kiri dan ke kanan. Kakinya di enjut-enjut,  sekejap disilangkan. Nervous. Yes, Elly sebenarnya sedang gemuruh. 

“Nak interview juga ke?”, Sapa dari seorang gadis memakai skirt paras lutut berkemeja, satu sut berwarna hitam lengkap. Elly sekadar mengangguk dan senyum.

“Jangan nervous, you kena confident okey.  You cantik, nanti mesti bos suka dengan you.  Jarang ada perempuan macam you datang dengan penampilan macam ini,” gadis itu melihatnya dari atas ke bawah sambil tersenyum manis. 

“Eh, kenapa? Bos tak suka ke saya pakai macam ni,” Elly membetul-betulkan pakaiannya.

takderlah, awak memang cantik. Kenalkan, saya Alice. Personal assistant kepada bos syarikat kita. Awak tahu tak sapa nama bos”,Alice cuba untuk beramah dengan Elly. Elly gelengkan kepala laju.

“Tuan Fazrul Faizi Iskandar,” Alice memperkenalkan nama pemilik sayarikat kepada Elly.

‘Tuan, Ish,  dah tua bos aku tu, patutlah dia kena tinggalkan dengan awek dia. Menggatal rupanya’ Kutuknya dalam hati tentang bosnya.

“Your name?” Tanya Alice.

“Oo, saya…,” tak sempat Elly menyebut namanya, ada yang memanggil, “Miss Elly, your turn”.

“Okey , see you later. Nama you next time okey. Good luck”, Alice berlalu pergi sambil menjinjing beberapa fail ke dalam sebuah bilik. Kelibat Alice hilang.

Tokk !!! tokk !!!

Dia mengetuk pintu dan pintu bilik di kuak perlahan. Dia menyusun langkahnya perlahan. Sekali imbas sahaja dia memandang ke depan sebelum dia tundukkan kepalanya. Semua yang menemuduganya ialah tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Kecut perutnya. Selawat dalam hatinya tak pernah putus.

“Cik Elly”, nama yer disebut oleh seseorang. 

“Silakan duduk”, pinta dari lelaki yang sama. Elly hanya tundukkan kepalanya ke bawah dan hanya menurut apa yang dipinta oleh lelaki itu. Tidak pasti suara itu dari siapa di antara tiga lelaki itu. 
Akhirnya, Elly tetap menggagahkan kepalanya untuk pandang ke depan. 

“Nama awak memang Cik Elly ke?”, Tanya salah seorang dari tiga lelaki itu. Pelik. Kenapa ada seorang lelaki itu duduk, memusingkan kerusinya dan membelakangi dirinya yang berada di hadapan. Perasan Elly tadi, semua orang yang duduk tadi memandang kearahnya ketika dia masuk ke dalam ruang bilik itu.

“Cik Elly”, namanya diseru sekali lagi. Elly tergelak kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Semua orang yang berada di ruangan bilik itu berpandangan antara satu sama lain.

“Sebenarnya…” 


bersambung....


qudwahquratulaini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...