Allah

Allah

Wednesday 27 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 14



“El, saya serius ni. After office hour awak teman saya. Saya nak cari barang sikit”, pinta Faizi sekali lagi kepada Elly. 

“Barang apa yang penting sangat. Saya malaslah nak berjalan-jalan ni”, Elley mengeluh panjang dan memuncungkan bibirnya. Elly terus melentokkan kepalanya di atas meja.

“Malas nak jalan? Macam tu saya dukung awak jelah. Awak tu kecik-kecik comel je. Saya larat lagi nak dukung awak”, Faizi sempat mengeyitkan mata sebelah ke arah Elly.

Elly cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Faizi tersenyum melihat gelagat Elly dihadapannya. Kebahagaian itu hadir dalam diri Elly. Biarpun sebelum ini Elly menempuh segala perit dan duga, namun kini Allah menghadirkan seseorang yang mampu membuatkan dirinya dihargai. Kini dia yakin menerima Faizi untuk melengkapi kehidupannya. Biarpun dia belum cukup mengenali siapa lelaki dihadapannya itu, namun dia yakin dengan setiap keputusannya. Keihklasan Faizi menyakinkan hati Elly.

__________________________________________________________________

"Awak nak bawa saya ke mana ni. ini bukan jalan nak balik rumah saya tau", Elly membuat muka.

"Eh, rahsia sayang oii, tak boleh tahu", Faizi tetap mengekalkan senyuman di bibirnya.

"Hish, tadi awak dah bawa saya tawaf satu Pavilion tu, lepas tu dah malam macam ni, entah mana awak nak bawa saya", Elly membebel. Elly letih ,melayan kerenah Faizi. Tambah lagi, dirinya memang betul-betul letih. 

"Saya nak bawa awak lari. Boleh?",pantas Elly mencubit lengan Faizi. Faizi menjerit dan mengusap lembut tempat cubitan Elly tadi. Faizi tergelak melihat wajah Elly yang sedang marah.

'Comel awak', getus hatinya.
 
Awak jangan main-mainlah, nanti Rina membebel tau kalau saya balik lambat. Saya malas nak dengan bebelan dia. Lagi dia bising kalau saya keluar dengan awak tau", geram Elly dengan Faizi yang dari tadi asyik mengenakan dirinya yang sudah letih.

"Eh, kenapa pulak dia nak bising? Dia jeles ke? Oo, baru saya tahu ada jugak yang minat kat saya. so, rugilah kalau Cik Elly tolak lamaran saya", duga Faizi. Sebenarnya Faizi sudah meminta izin kepada Rina untuk membawa Elly meluangkan masa dengannya terlebih dahulu.

"Hey, tak rugi pun lah, ada sebab kalau saya tak khawin dengn Tuan Faizi pun. Kalau awak pun suka Rina, pergilah, saya tak hairan”, nada Elly berbaur rajuk walaupun dia menidakkan apa yang berada dalam fikiran Faizi. Namun Faizi dapat membaca apa yang Elly fikirkan.

Susana dalam kereta menjadi sepi hanya mendengar mp3 lagu yang terpasang di kereta Faizi. Faizi memasangkan lagu-lagu yang menjadi kesukaan Elly di dalam kereta. Kadang-kala Faizi mendengar Elly bernyanyi kecil mengikuti rentak lagu-lagu yang dipasang. Faizi memusingkan stereng kereta dan memarkirkan keretanya. Dia melihat Elly disebelahnya, Elly sedang nyenyak tidur.

"penat membebelnya mak cik", Faizi meneliti raut wajah milik Elly. Faizi tersenyum. Hembusan nafas halus Elly kedengangran dicupig telinga Faizi. Faizi memperlahankan suhu air-cond keretanya dan dia membuka pintu kereta perlahan dan menutupnya kembali perlahan-lahan. Dia membiarkan Elly tidur di dalam kereta. Mungkin gadis itu keletihan menemani dirinya seharian mencari barang perkahwinan mereka.

Faizi menyandarkan tubuhnya dikeretanya dan menikmati angin malam di Pantai Morib.Walaupun perjalanan agak jauh, namun disitulah tempat dimana Faizi melepaskan penat lelahnya selepas penat melakakukan aktiviti seharian. 

Faizi bersyukur ke hadrat Illahi, kerana Elly menerima lamarannya. Faizi tahu akan keputusannya dan dia yakin Elly adalah anugerah yang terindah selepas dia melalui pelbagai onak duri dalam kehidupannya. Faizi teringat akan peristiwa semasa memlih cincin pernikahan di Pavilion tadi.

"Hey awak, mahal tahu tak cincin yang awak pilih ni, Sini", Elly merampas sepasang cincin dari pegangan Faizi. Faizi memandang Elly aneh. Elly membelek -belek cincin itu.

"Mana ada mahal. Sekali seumur hidupkan. Awak tahu tak, saya tak pernah belikan cincin kat mana-mana perempuan tau. Lagipun awak someone special in my life for now and always dear”, lembut kata-kata Faizi dekat pada tlinga Elly.

"Tapi awak, cincin ni mahal sangat tau. Kita beli biasa-biasa je ae?”, saat itu entah bagaimana Elly spontan memaut lengannya. Faizi memandang lenagn yang di paut oleh Elly. Elly cepat-cepat melepaskan pautan itu kemudian dia membetulkan posisi tempat dudukknya. Wajahnya serta merta merona merah. Faizi Tersenyum melihat Elly.

‘malu lah tu”, getus faizi dalam hatinya. 

bersambung...

qudwahquratulaini~

Saturday 16 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 13


Hari berganti hari, hubungan Elly dan Faizi semakin baik. Elly selesa berhubung dengan Faizi. Tiada yang mustahil seandainya memang jodoh menyebelahi mereka. Keyakinan Faizi yang membina hubungan ini. Kehadiran Elly menyempurnakan kehidupan hari-harinya. Cuma, Elly belum pernah menyatakan isi hatinya kepada Faizi. Namun, Faizi tetap menanti dan bersedia dalam setiap kemungkinan yang keluar dari mulut gadis itu.


“El, nanti awak ikut saya, boleh?”, tiba-tiba Faizi membuka pintu bilik pejabat Elly. 


“awak ni, boleh tak nak masuk tu ketuk pintu dulu, main terjah je”, rungut Elly. Elly buat muka muncung itiknya. Faizi hanya tersenyum dan menggeleng kepala melihat Elly. 


“Nak pergi mana pulak kali ni? Hari tu awak dah bawa saya jalan pergi Langkawi.  Saya penatlah”, Elly cuba untuk mengelak. Elly tahu, Faizi cuba untuk mengorek semua rahsia dalam hatinya. 
Sebenarnya, Elly sememangnya suka berjalan dan sudah dimaklumkan oleh Rina kepada Faizi. Sebab itu, Faizi tahu, setiap kali alasan yang keluar dari bibir gadis itu hanyalah untuk mengelak dari dirinya.


“Amboi, siapa bos sekarang ni? Awak ke saya? berani awak cakap macam itu kan Cik Elly?”, sinis soalan Faizi kepada Elly.


“Kenapa pulak saya tak berani dengan awak? Awak pun manusia biasa jugakkan. Sama macam saya”, Elly cuba untuk pertegakkan pendiriaannya.


“Ellysya Rinie Nur Husna . Dah berani menjawab sekarangkan”, Faizi memandang tepat ke anak mata bulat bundar milik Elly. Mata yang mampu berjaya membuatkan Faizi tewas dan jatuh hati kepada Elly.


“Beranilah. Kenapa? Tuan Faizi nak ambil tindakan apa-apa kat saya ke?”, Elly cuba menguji kesabaran lelaki dihadapannya. Elly sempat menghadiahkan senyuman kepada lelaki dihadapannya.


“Awak nak saya berhentikan awak bekerja dalam syarikat saya ke Cik Elly”, kali ini sura Faizi bernada tegas. Namun, tidak dipedulikan langsung oleh Elly.


“Wow, it is surprise to me Tuan Faizi. Why not? I’ll accept it. Boleh je saya nak behenti kerja dalam syarikat tuan ni.Cuma...”, Elly tidak menhabiskan kata-katanya. Elly ingin menduga hati Faizi. Mungkin kali ini Faizi memang beul-betul marah dengan tindakannya. 


“Cuma apa? Jangan buang masa saya”, Faizi memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. 


“Cuma mampu ke Tuan Faizi buat kerja tanpa Cik Ellysya Rinie Nur Husna depan mata?”, Elly tersenyum puas. 


bersambung...


qudwahquratulaini~

Friday 15 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 12


“Tuan Faizi, saya harap tuan boleh hormat saya sebagai pekerja tuan seperti mana saya hormat pada tuan”, Elly langsung tidak memandang Faizi.

“Elly, give me change please”, nada Faizi kali ini seperti merayu dan mengharap penuh kepada Elly.

“awak tak faham situasi saya. awak tak kenal siapa saya, bahkan awak tak tahu latar belakang kehidupan saya Faizi”, Elly menarik nafas dalam menahan sebak dalam dadanya.

"Semua tu tak penting bagi saya Elly. Hati saya yakin awak adalah jodoh saya Elly", Faizi cuba memberi keyakinan kepada Elly. 

"Cara awak cakap sama macam lelaki tu. Cukuplah Faizi. Hati saya letih dengan  semua yang melibatkan hati saya. Cukup dengan kesan luka yang masih ada dalam hati saya ni.”, Elly menarik nafas panjang dan melepaskan nafas itu perlahan. Lega hatinya dapat menyatakan perkara yang menjadi penyebab mengapa dia tdak mampu menerima Faizi.

Tangan Elly ditarik perlahan. Faizi memberanikan dirinya untuk mendekati Elly. Dia memusingkan tubuh Elly menghadapnya. Kali ini tubuh mereka begitu rapat sehinggakan Elly dapat mendengar hembusan nafas Faizi.

“Elly pandang mata saya”, pinta Faizi. Lama Faizi menanti, akhirnya Elly yang dari tadi tunduk, perlahan-lahan mendongakkan kepalanya. Anak mata mereka bertemu. Entah mengapa, hati Elly menjadi lembut menuruti apa yang di pinta oleh Faizi. Dia langsung tidak membantah.

“Elly, Allah pertemukan kita dengan seseorang itu bersebab. Mengapa awak masih memandang ke belakang untuk mencapai kebahagian awak yang berada di hadpan. Dia insan biasa yang sama seperti kita. Manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan Elly. Perpisahan awak dengan dia juga adalah perancangan dari Allah. Mungkin inilah musabab kenapa awak berpisah dengan dia. Dan mengapa saya juga  berpisah dengan kekasih saya dulu. Sebab awak ditakdirkan untuk saya”, lembut setiap kata-kata Faizi. Ikhlas dari hati Faizi dia menyatakan hasratnya. 

“tapi saya”, Elly  tidak mampu menghabiskn kata-katanya. Kali ini, kata-kata Faizi terekesan pada hati Elly. Elly mati akal untukmematahkan hasrat lelaki itu.

“Elly, give me change untuk bahagiakan awak. Saya yakin awak adalah jodoh saya”, Faizi mengenggam kemas jari kecil milik Elly. Lama mereka berdiam dalam bilik itu.Mereka melayan perasaan masing-masing.

“Bagi saya masa”, pinta Elly ringkas. Elly memandang anak mata coklat milik Faizi. Dia mencari kebenaran setiap kata-kata dari anak mata lelaki itu.

Faizi tersenyum mendengar permintaan Elly. Faizi mengangguk tanda akur dengan permintaan Elly. Bagi Faizi, dia tidak perlu mamaksa hati sesorang untuk menerima hatinya. Kalau sudah tertulis Elly jodohnya, tetap juga Elly itu miliknya kelak.

everything for you dear”, dia mengusap perlahan kepala Elly.  Elly membalas senyuman Faizi. 

 _________________________________________________________________________

"Hai Im, I rindukan you. Boleh tak you teman I keluar hari ni", Wani yang tiba-tiba muncul dari arah belakang selepas Imran keluar dari perut keretanya.

"Wani, bila you nak berubah? I dah penat dangan perangai you. Kelab, shopping balik dengan mabuk. Enough Wani. Enough !!!”, geram Imran apabila Wani menelefonya berkali-kali sejak di bilik mesyuarat lagi.

"Im, kenapa dengan you ni? I cakap baik-baik dgn you, tapi you tiba tiba nak marah I kenapa? Oo, I see, you dah jumpa balik dengan kekasih you dulukan? Siapa nama dia? Oh, I dah ingat Ellysya Rinie Nur Husna, right?” Wani ketawa kuat di belakang Imran. 

Langkah laju Imran yang tadi cuba untuk mengelak daripada Wani terhenti serta mata apabila nama gadis pujaannya keluar dari mulut Wani. Dia berpatah balik dan mendekati Wani yang sedang ketawa kuat dari tadi.

“Wani, I warning kat you, jangan sesekali you dekat denagn Elly. Kalau tak, nahas you I kerjakan”, Imran memberi amaran kepada Wani. Dia cukup kenal dengan sikap Wani yang sanggup melakukan tindakan yang di luar jangkaannya. dia terus meninggalkan Wani di bawah matahari yang panas terik.

bersambung...

qudwahquratulaini~

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 11



Elly meletakkan ganggang telefon tanpa menjawab soalan Faizi. Dia terus keluar dari bilik pejabatnya untuk membancuh kopi yang di minta oleh Faizi. Selesai membacuh, Elly menuju ke  bilik Faizi , Elly mengetuk pintu dan selepas dia mendengar Faizi membenarkan dia untuk masuk, Elly membuka pintu perlahan. Dia mencari kelibat Faizi tapi susuk tubuh lelaki itu langsung tidak kelihatan. Dia berasa pelik. Suara Faizi jelas dengar di cuping telinga yang membenarkan dia masuk ke ruangan bilik pejabat Faizi, tetapi empunya suara tiada. 

Perlahan Elly menyusun langkah menghampiri meja milik Faizi. Lalu, dia meletakkan secawan kopi yang di minta oleh Faizi. Elly segera ingin meninggalkan ruangan bilik itu, sebelum dia bertemu dengan Faizi. Hatinya sudah tentu disakiti oleh lelaki itu lagi. Namun, matanya terlihat seseorang yang amat dia kenali di papan skrin komputer milik Faizi. Jelas  terpampang satu nama ‘Ellysya Rinie Nur Husna’. Gambar tersebut ketika Elly menghadirkan diri di sebuah makan malam syarikat tempat kerjanya.  Elly pelik, kenapa perlu gambar dan namanya berada di papan skrin komputer lelaki itu. 

Tiba-tiba, matanya terpandang bait-bait kata yang di tulis cantik menggunakan pen bewarna hitam. Hatinya tertarik untuk mengetahui bait-bait kata yang mungkin ditulis oleh lelaki itu. Saat itu, Elly perlahan-lahan mengambil buku kecil itu. Dia membuka satu persatu helain buku itu tanpa memperdulikan di mana keberadaan dia ketika itu. Elly terus membuka muka surat terakhir penulisan lelaki itu.

Ellysya Rinie Nur Husna, walaupun diri awak jauh dari saya,tapi saya percaya suatu saat, hati awak lembut selembut sutera. Tenang hati ini apabila setiap kali saya memandang wajah bersih milik awak Ellysya Rinie Nur Husna. Hati saya juga tenang setiap kali hati ini menyebut nama indah awak Ellysya Rinie Nur Husna. Sentiasa saya berjanji dengan diri saya, untuk bagi kebahagian setelah lelah keperitan yang awak lalui dalam kehidupan awak. Doaku, agar dirimu dapat menerima diri ku untuk menjadi pelengkap dalam setiap kekurangan ku. Maaf, saya tersukakan awak Ellysya Rinie Nur Husna.

Perlahan air mata Elly mangalir perlahan. Matanya masih memandang bait-bait tulisan Faizi.


“Maafkan saya. susah untuk saya terima awak Faizi. Hati saya masih sakit dengan apa yang dia buat pada saya”, kata-kata itu langsung keluar dari bibir Elly.

“kenapa awak tak pernah bagi peluang pada saya untuk rawat luka pada hati awak Elly?”, Faizi yang tiba-tiba bersuara dari arah belakang. Faizi yang dari tadi memerhatikan Elly tanpa disedari oleh Elly. Faizi memang langsung tidak menyangka Elly akan membuka buku diarinya. Tapi, faizi langsung tidak tergerak untuk menghalang tindakan Elly. Biarlah Elly tahu semua isi hatinya yang tulus menyanyangi gadis itu.

Elly cepat-cepat menyeka air matanya. Ketika itu, Elly seperti terkena renjatan elektrik.  Dia cepat-cepat mengembalikan buku itu ke tempat asal.

“Maaf Tuan Faizi. Your coffee”, Elly terus melangkah pergi. Hatinya serba  salah dengan tindakannya yang menceroboh hal peribadi majikannya.

“Ellysya Rinie Nur Husna”, Faizi menarik lengan Elly. Langkah Elly terhenti. Elly terkejut dengan tindakan Faizi.

bersambung...
qudwahquratulaini~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...