“Sebenarnya itu nama timangan saya encik. Nama saya panjang sangat sangat nak taip kat
situ”, Elly tersengih sumbing. Alasanya langsung tidak masuk akal.
“Habis tu, siapa nama sebenar awak”, tiba-tiba wanita yang
sudah kelihatan sedikit berumur yang
berada disebelah lelaki itu menyampuk.
“Nak kena bagitahu ke?
Saya rasa tak perlu kot.
Lagipun bukan semua orang nak panggil saya dengan nama penuh pun. Cukuplah nama
timangan yang arwah mak saya bagi tu”, jelas Elly.
Lelaki yang membelakanginya tadi, terus memusingkan
kerusinya melihat Elly. Lelaki itu hanya memandang tingkah laku gadis yang
duduk dihadapanya. Namun, Elly tidak perasan lelaki itu sedang memerhatikan tingkah lakunya. Suka melihat gadis itu sejak pertemuan mereka di lif tadi. Dengan
wajahnya yang polos. Hatinya lucu melihat gelagat gadis dihadapanya. Polos dan
jujur. Senang hatinya melihat wanita dihadapannya.
“Kalau awak tak bagitahu nama awak, macam mana kami nak
lengkapkan butiran peribadi Cik Elly?” jelas wanita itu tadi.
Elly mengeluh panjang. “Baikklah, nama saya..”
“Awak saya terima kerja. Lepas ini masuk ke pejabat saya. Saya
bagi masa kat awak 15 minit”, belum
sempat Elly meneruskan kata-katanya, seorang lelaki terus menyampuk. Semua ahli
panel yang lain memandang ke arah Faizi termasuk Elly. Elly tergamam.
‘Eh, dia kan lelaki yang aku jumpa kat lif tadi’, detik hati
Elly.
“Hey awak, apa awak buat kat sini? Kenapa awak duduk kat
situ. Awak pekerja kat sini ke? Tadi awak kata awak nak interview kerja kat
sini jugakkan”, bertalu-talu soalan Elly lontarkan kepada lelaki yang dia
pasti, lelaki itu ialah lelaki yang dia jumpa di lif tadi.
Faizi tidak mengendahkan pertanyaan gadis itu, bingkas dia
bangun dan peri meninggalkan bilik itu. Apa yang penting dia lega sebab selepas ini dia
dapat bertemu dengan gadis itu. Satu perasaan yang dulu pergi, kini kembali.
Faizi tersenyum .
“Cik Elly, awak kenal ke Tuan Faizi ?”, soal wanita tadi.
Tuan Faizi? Dia menggeleng perlahan. Elly seakan dapat
menangkap sesuatu. Degupan jantungnya semakin pantas. Sudah tidak karuan
perasaan Elly ketika itu.
“Dialah Tuan Fazrul Faizi Iskandar. CEO dalam syarikat ini. Actually, Welcome to Iskandar.Co”, sapa
daripada salah seorang lelaki tadi.
“Matilah aku macam ni”, Elly berkata sendirian. Jarinya digenggam kemas. Elly merasakan darah tidak mengalir pada tubuhnya.
bersambung.....
qudwahquratulaini~

No comments:
Post a Comment