♥~Jika
dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah.
Ini kerana syaitan cuba menyelinap
masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu,
redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih
beriman untukmu.~♥
~✿ Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya
tetapi ingin menjaga kesuciannya.
Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita
DIAM bukan bermakna kita membenci sesuatu,
tetapi mungkin kita ingin
menjadikan ia lebih baik.
Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut
dalam cinta tanpa ikatan yang sah,
ia bakal menjadi satu masalah untuk
kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.
~✿ Ramai yang berkata, jika kita diam,
bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?
Ingat,
setiap apa yang berlaku di dunia ini,
semuanya telah di aturkan oleh
Allah S.W.T.
Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan
kalian,
tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan
mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi
dirimu.
♥Jika
benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir
mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.
Ingat, bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Banyak
lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan
terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga
kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana
itu hanyalah sementara.
Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.♥
Untuk Hawa..
♥ Apabila
lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana
itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk
menjaga dirimu dan dirinya juga.♥
Untuk Adam..
♥ Mereka
sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka
berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa.
Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa.
Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang
telah di tetapkan di dalam Islam.♥
Bisik hatiku:
"Jika
namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu
akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari
dirimu tetapi mensolehahkan diriku."
"Sukar
untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan
kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri
'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."
Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarkanlah...♥

No comments:
Post a Comment