Aku menghempas handfon
ke lantai. Aku tak mampu untuk mengawal perasaanku ketika itu. Aku tak mampu
menahan sakit hiba rasa hati apabila dia mula memberi kata terakhir pada aku.
Aku tertunduk terduduk diam dan kaku. Perlahan-lahan air mataku mula menitis sedikit
demi sedikit. Aku tak menyangka akan hal sedemikian berlaku pada aku. Aku
mengenalinya hampir 10 tahun. Namun hari ini adalah hari terakhir aku
mengenalinya. Orang yang aku sayang kini akan bergelar isteri pada bakal
suaminya.Aku hiba, aku sakit. Semuanya aku rasa.
Tok ! tok ! Tok ! pintu bilik aku diketuk.
Aku bingkas bangun sambil menyeka air mataku lalu membuka
pintu. Ibuku menghulurkan sekeping surat kepadaku. Kata ibuku dari temanku.
Melihat tulisan tangan nama aku itu, aku seakan akan dapat meneka siapa
pengirimnya. Aku tak kira, apa pun yang akan berlaku aku harus terima. Aku
membuka sampul surat itu dengan harapan agar itu adalah surat dari dia buat aku
yang dia akan membatalkan semua pernikahannya. Namun aku tunduk sekali lagi.
Aku silap meneka tentang hal itu.
Aku menangis lagi. Tak mampu lagi tahan air mata yang
membasahi kelopak mata aku. Aku silap, rupanya surat itu adalah sekeping kad
jemputan hari persandingannya. Melihat nama mereka berdua di atas kad tersebut.
Aku lantas merenyuk kad tersebut. Aku membelek sampul tersebut. Aku temukan
sekeping surat kecil. Aku terus membacanya.
Assalammualaikum wbt sayangiilahi...
Saya minta maaf akan apa yang telah terjadi antara kita. Saya pun tidak menyangka akan hal sedemikian akan berlaku pada kita. Saya terpaksa menuruti kata keluarga saya yang beria-ria inginkan saya berkahwin denganya. Saya tak mampu lagi tolak melihat harapan mereka yang besar buat saya. Saya harap awak faham akan keadaan diri saya. Anggap la kita memang tiada jodoh. Saya harap awak akan datang di hari persandingan saya. Mungkin dengan melihat awak nanti disitu. Saya masih lagi mampu tersenyum. Kita masih boleh berkawan kan? Apepun awak juga tetap dalam hati saya sebagai insan yang paling rapat dengan saya hampir 10 tahun ini. Semoga awak bertemu seseorang yang lebih terbaik dari diri saya.
Salam rindu jauh dari
saya...
Miza..
Aku terdiam, aku cuba memahami akan dirinya. Bukan
kehendaknya tapi kerana menuruti pilihan keluarganya. Hari demi hari berlalu,
hari yang tak ingin dinanti telah berkunjung tiba. Hari ini tepat 24 November
2013 berlangsungnya pernikahannya. Ibu ayah ku telah bersiap-siap untuk pergi
ke majlisnya. Namun aku masih lagi duduk termenung melihat gambar kami bersama
semasa zaman sekolah dahulu.
Kenangan manis itu akan mungkinkah untuk dilupakan? Aku cuba
untuk menjawab persoalan itu. Dari jauh kedengaran suara memanggil-manggil nama
aku.
“Sayangiilahi, sudah siap ke belum? Kita mahu berangkat ke
rumah Miza ni,” Suara ibuku yang memanggil dari luar bilik ku.
Ayah sudah menunggu di dalam kereta. Aku terus bersiap,
cukup mengenakan kemeja biru laut dan seluar slack hitam. Aku bergegas menuju
ke garaj kereta apabila aku melihat ibu dan ayah sudah sedia menanti aku di
situ.
Semasa di dalam perjalanan, hatiku terus menerus menahan sebak.
Menahan rasa apa yang bakal aku lihat nanti. Aku menahan dan kuat kan diri aku
agar aku tidak menangis di depan ibu bapaku dan juga tidak akan menangis di
majlisnya nanti.
Setibanya aku dirumahnya, aku begitu berat ingin melangkahkan kakiku untuk masuk dalam satu tempat yang bagi aku membawa seribu duka.
Namun aku merelakan jua agar ibu bapaku senang mengetahui teman baikku akan
bersanding sebentar lagi dengan lelaki idamannya tanpa mengetahui itu adalah
kehendak keluarganya.Aku dan keluargaku mendekati khemah yang telah dihias
cantik bertemakan hijau putih.
Aku teringat akan katanya dahulu.
"Awak, jika suatu masa kita bersama dijinjang pelamin, saya nak tema hijau putih"
Aku menahan sebak. Aku tersenyum duka agar air mataku tidak
menitis di majlis yang sememangnya adalah majlis yang bahagia. Aku dan
keluargaku masuk ke rumahnya lalu bersalaman dengan keluarga Miza. Begitu aku
bersalaman dan berpura-pura seperti tiada apa yang aku simpankan. Aku berasakan
diriku seperti orang asing.
Mataku mula melilau ke segenap ruang di rumah Miza.
Kelihatan ramai orang yang berkunjung. Sanak-
saudara dan jiran tetangga. Aku masih terintai-intai mencari dimana keberadaan
Miza sekarang ini. Ibu Miza yang melihat aku seperti orang yang mencari-cari
menyapa aku, “Sayangiilahi cari siapa tu? “
Aku membalasnya, “tak cari sesiapa makcik. Saja tengok
tetamu yang datang ke majlis Miza ni. Mana tahu saya jumpa dengan kawan-kawan Miza.
Kawan Miza kawan saya juga.”
Ibu Miza tahu aku dan Miza adalah kawan rapat dari dulu. Ayah
Miza menyuruh aku dan keluargaku menjamu sedikit hidangan yang disediakan di
khemah. Semasa pergi ke khemah, aku terlihat mahligai mereka, pelamin mereka
yang cantik sangat. Bertemakan hijau dan putih. Aku mengambil sedikit nasi dan
lauk yang disediakan. Ibu bapa aku mula berasa hairan denganku. Kebiasaanya aku
akan makan begitu banyak sekali di majlis-majlis sebergini. Namun hari ini aku
hanya makan sekadar menyedapkan hati keluarga Miza. Tiga suapan aku sudah tidak
ada selera untuk menikmati kelazatan lauk-pauk yang terhidang. Lalu aku bingkas
bangun dari tempat dudukku untuk membasuh tangan. Ketika membasuh tanganku,
Dari jauh aku kedengaran bunyi kompang. Hatiku tambah berdebar-debar.
Gelisah
tidak tentu arah hati aku ketika tu. Mampu ke aku untuk melihat wajah yang
pernah jadi milik aku dulu. Yang pernah aku sayang dalam hati aku namun kini
dimilik oleh orang lain. Alunan kompang semakain kuat. Bermakna semakin dekat
ketibaan mempelai itu. Aku seolah-olah berada dalam alam lain. Hanya ada diri
aku dan dua pasangan itu. Semakin dekat mereka menuju ke arah aku.
“Sayangiilahi,
kamu ni dah kenapa ibu tengok macam dah tersampuk saja, kamu tenungkan apa ?
Miza dah masuk ke dalam tu. Pergi jumpa dia. Sebelum tu ibu rasa, ibu macam kenal
siapa suami Miza tu. Macam kawan kamu masa kamu sekolah dulu. Tapi tak tahu la kalau ibu salah orang.”
‘Itu sudah sememangnya ibu, suami Miza tu adalah rakan sekelas saya dahulu,’ aku hanya menjawab dalam hati.
Rayyan Azmi. Dia memang seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, keluarganya
mampu memliki apa sahaja, ilmu agama penuh di dada, sehingga di lantik menjadi
ketua pelajar pada zaman persekolahan aku pada ketika itu. Aku macam tak
sangka, Rayyan Azmi adalah pilihan keluarga Miza
Aku gagahkan
langkah kaki ku untuk mendekati pasangan mempelai itu. Aku mengangkat wajah ku
untuk melihat pasangan itu. Cantik. Sepasang mataku tertumpu pada seorang
wanita yang pernah mengetuk pintu hati aku pada suatu ketika dahulu.
‘Sepatutnya
saya yang ada di sebelah awak sekarang. Bukan dia,’bisik hatiku. Aku terus gagahkan diriki untuk mendekati mereka.
“Tahniah
Rayyan, Miza,”
“Thanks
bro. Datang jugak kau. Miza ni selalu cerita pasal kau. Dalam banyak-banyak kawan
dia, kau jela yang selalu dia cerita
kat aku. Jelous aku dengan kau. Then,
kau nak tahu, aku tak sangka Miza ni pilihan keluarga aku. Seriously, aku betul-betul tak sangka, setahu aku dulu dia nie rapat dengan kau. By the way, thanks bro jagakan Miza untuk aku.”
‘Bukan
untuk kau, tapi aku Rayyan.’ Aku bermonolog lagi.
Aku
hanya mampu tersenyum hambar. Hati aku semakin sakit.
“Okey you all, aku terpaksa gerak sekarang, ada hal kat
luar,” Aku terus bersalaman dengan Rayyan dan berlalu tanpa memandang Miza. Semakin
aku melihat kemesraan Rayyan dan Miza dihadapan ku. Hati aku semakin sakit.
Aku
berjalan mendekati ibu dan memberitahu aku pulang menaiki teksi. Aku
memberitahu ibu yang aku ada urusan di luar. Aku terus bersalaman dengan ibu
dan ayah ku dan mempercepatkan langkah kakiku dan terus keluar dari halaman
rumah milik Miza. Memang sepatutnya aku tidak perlu ke majlis itu. Semuanya itu
akan terus menerus menyakiti hati ku.
Aku
menahan teksi yng lalu di taman perumahan Miza.
“Hutan
Bandar pakcik,” pinta ku selepas aku memboloskan diri ke dalam teksi.
Aku
terus menyandarkan tubuhku di tempat duduk belakang pemandu teksi. Aku cuba
mencari ketenangan, aku pejamkan mataku.
“Daun apa ni. Unik,”
“Ini nama dia daun itik. Cantikkan?”
“Ha’ah, cantik. Nama saintifik dia trevesia burckii kan?”
“Pandai awak. Nah ambil sebelah. Yang lagi sebelah ni saya simpan. Nanti bila kita khawin, saya tak nak hadiah lain selain daun itik ni. Anggap sebelah ni hati awak saya simpan, and sebelah yang awak pegang tu hati saya,”
“Dik,
dah sampai Hutan Bandar ni,” Teguran pakcik teksi itu membantutkan lamunan ku
tentang peristiwa antara aku dan Miza dahulu.
Aku berii
pakcik teksi tu not 50 dan terus keluar dari perut teksi itu.
“Dik,
banyak sangat ni,” agak jerit sedikit pakcik taksi itu kerana aku sudah agak
jauh dari kereta miliknya.
“Takpe
pakcik, baki yer buat pakcik belanja.Aassalamua’alaikum pakcik,” sempat aku
mengangkat tangan kea rah pakcik teksi itu.
Aku
berjalan perlahan hingga sampai ke tasik. Memang hasrat ku ingin membawa isteri
ku ke sini bila aku sudah berkhawin. Tapi sekarang tak kesampaian. Miza bukan
jodoh untuk ku. Dia juga bukan isteri ku.
Trevesia Burckii ,
hadiah itu lha yang aku beri kepada Miza tadi. Aku kembalikan semula hati dia.
Aku tak boleh miliki lagi daun itu. Hampir 10 tahun aku simpan daun itu.
Tiba-tiba,
handfon ku berdering, nama ibu
tertera pada skrin handfon.
“Wa’alaikumussalam
ibu, kenapa ibu?” kedengaran suara ibu cemas.
“Ha!
! kenapa dengan ayah?
=Hasil Nukilan=
sayangiilahi & qudwahquratulaini
