“kenapa dengan ayah ibu?” kerisauan telah
menyelubungi hati sayangiilahi.
“ayah kamu…tut..tut..tut…,” talian terputus secara
tiba-tiba.
Sayangillahi semakin bimbang. Apatah lagi, sejak
akhir-akhir ini kesihatan ayahnya kurang memuaskan. Namun, dia tahu ayahnya
seorang yang kuat semangat. Jika penyakit demam yang menimpa ayahnya, ayahnya
tetap cergaskan diri untuk berangkat ke tempat kerja. Tetapi, situasi kali ini
sangat berbeza. Suara ibu begitu cemas dan suasana tempat ibunya buat panggilan
tadi benar-benar bising. Pelbagai fikiran yang bermain di benak fikirannya.
Sayangiilahi terus menekan minyak kereta dan di pandu laju.
Sampai sahaja diperkarangan rumah, pintu kereta
dibuka dan sayangiilahi bergegas masuk ke rumah. Kasut yang di pakai tadi hanya
di tanggalkan kemudian di campak ke penjuru almari kasut. Dalam keadaan yang
kelam-kabut, kaki sayangiilahi tersandung pada anak tangga di pintu.
“Ya Allah, aduh !” sempat mulutnya berdencit akibat
kecuaian dirinya sendiri.
Namun, suasana yang bising tadi yang kedengaran
hingga di luar pintu rumah, tiba-tiba menjadi sepi. Semua mata tertumpu ke arah
sayangiilahi.
“kamu kenapa sayangiilahi?”, suara ibu memecah sepi.
Wajah ibu pelik dengan sikap anaknya yang masuk ke rumah dalam keadaan yang
kelam-kabut.
“itulah ibu, kalau masuk rumah tak bagi salam”,
seloroh adik sayangiilahi.
‘ish dia ni, ada juga yang kena dengan aku malam
ni’, detik hatinya.
“kenapa dengan ayah tadi ibu? Kenapa tiba-tiba putus
masa ibu cakap tadi? Saya call ibu
banyak kali tapi asyik mailbox saja”,
jelas kerisauan pada nada sayangiilahi.
“patutlah kamu balik rumah macam kena kejar dengan
hantu cina. Maafkan ibu sayangiillahi, battery
handset ibu habis. Ayah kamu okey saja. Kamu tengoklah tu, tengah duduk kat sofa
tengok tv tu. Ibu tadi tengah gelak sakan dengan adik-adik kamu, ayah kamu pula
tiba-tiba minta ibu telefon kamu beli roti dengan telur untuk sarapan esok”,
jelas ibu. Kasihan ibu melihat raut wajah anaknya yang tampak kerisauan.
“habis tu, kenapa suara ibu cemas masa telefon saya
tadi”, bimbang dalam hatinya semakin surut.
“ masa tu, ada katak bawah kaki ibu. Entah dari mana
muncul katak tu. Itu yang ibu jadi kalut masa telefon kamu. Sudah, kamu jangan
fikir sangat. Kamu pergi mandi. Sudah pukul 10 malam ni, baju dari majlis Miza
tadi tu entah bau apa agaknya,” pinta ibunya.
‘eh, aku langsung tak sedar dah pukul 10. Entah kenapa dengan aku hari ni. Cukuplah
aku fikir pasal Miza,’detik hatinya.
Sayangiilahi terus melangkah meninggalkan ibunya yang
sedang berborak sesuatu dengan kembarnya. Didikan ibu dan ayahnya mengenai
keakraban keluarga amat dititikberatkan. Kesibukan ayahnya yang mencari rezeki
sebagai nafkah kepada isteri dan anak-anaknya tidak menghalang daripada
meluangkan bersama keluarga.
Selesai membersihkan diri, sayangiilahi hanya
menyarungkan tubuhnya dengan baju t-shirt berkolar bulat dan seluar track. Dia merebahkan tubuhnya yang lesu di atas
tilam yang empuk. Matanya asyik memandang siling biliknya.
‘Miza dah jadi milik orang lain. Aku kena terima
hakikat yang dah tertulis dalam kamu hidup aku. Insyallah semua ni ada hikmah.
Sabar sayangiilahi. Ada yang lebih baik dari dia lepas ni yang aku jumpa. So,
kenapa mesti aku fikir pasal dia lagi,’ sayangiillahi bermonolog dangan
dirinya.
Sayangiilahi asyik mengubah posisi pembaringannya.
Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Malam itu dia terasa bosan yang teramat.
Lantas dia bangun dari pembaringannya, kemudian duduk di meja study. ingat
nak study ke bila hari-hari
minggu ni? Jangan haraplah. Akhirnya, dia mencapai beg laptop miliknya dan
mengeluarkan laptop miliknya dari perut beg. ‘Game Time’. Kalau bosan,
inilah yang sayangiilahi lakukan, takpun dia akan keluar dengan kawan atau online
facebook tu sampai lewat pagi.
Tok !! Tok !! Tok !!
“masuk”, sayangiilahi mengizinkan si pengetuk pintu
itu,. Siapa lagi kalau bukan ibunya. Sebelum masuk ke dalam ruang bilik,
mengetuk pintu terlebih dahulu memang sudah dididik sejak kecil lagi. Ruang
bilik merupakan ‘privacy places’ terutamanya kepada anak-anak.
“Ya Allah, masih celik mata kamu. Ibu ingatkan kamu
dah tidur”, ibunya berkata apabila masuk ke ruang bilik anaknya. Seperti biasa,
ibu sayangiilahi akan menjengah masuk ke bilik anaknya sebelum tidur.
“tak mengantuk lagi ibu”, sambil menayangkan sebaris
gigi putihnya. Kemudian matanya memandang pada skrin laptopnya semula.
“kamu ada masalah ke? Dari kita pergi majlis Miza
tadi, kamu macam ada masalah saja ibu perhatikan”, sambil mengusap belakang
sayangiilahi yang masih lagi asyik dengan game di skrin laptopnya.
‘Perhatikan! Takkan ibu perasan perubahan sikap aku.
Ada perubahan pulak aku. Macam biasa saja aku hari ni’, detik hatinya lagi.
“sayangiilahi, kamu berangan apa? Ibu tanya kamu
kan?” sambil mencuit bahu anaknya. Sayangiilahi sengaja berdehem untuk menghilangkan
rasa kegusaran dalam hatinya. Sayangiilahi memusingkan kerusinya mengambil
posisi untuk berhadapan dengan ibunya. Kini, sayangiilahi sedikit mendongak
mencari anak mata milik ibunya.
“ibu, saya okey saja ibu. Ibu ada nampak saya macam ada masalah
ke ibu. Kalau saya ada masalah, ibu selalu dengarkan masalah saya",sambil
menggenggam erat tangan ibunya. Sayangiilahi cuba untuk meyakinkan ibunya
dengan kata-katanya.
“betul ke ni?” mencari kebenaran disebalik anak mata
milik anaknya.
“ibu, belahlah dada saya. Carilah kebenaran
kata-kata ku ini wahai ibuku yang tersayang”, sambil mengeyitkan mata pada ibu.
Akhirnya, ibunya ketawa dengan telatah anaknya itu.
“baiklah, maaf ibu ganggu kamu. Kamu jangan tidur
lewat sangat. Esok ada juga yang terlajak solat subuh”, peringatan dari ibunya
sebelum meninggalkan ruang bilik sayangiilahi.
“Yes madam”, sambil mengangkat tanda hormat kepada
ibunya. Senyumannya juga tidak terlepas dari bibirnya. Namun, setelah pintu
tertutup dan di kunci, airmatanya serta merta menitis di pipinya. Sayangiilahi
menyeka air mata itu dan terus menyeka. Hakikatnya, air mata itu semakin
mengalir menghiasi pipinya.
‘Berpura-pura bahagia dan gembira di hadapan orang
lain ternyata lebih sakit daripada terkena ‘test-pen’ pada jari aku ini. Sayangiilahi, bukan Allah tak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu, sengsaranya dirimu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA
tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan
akrab antara DIA dengan kamu’, sayangiilahi bermonolog sendirian pada dirinya.
Akhirnya, sayangiilahi terlena bertemankan
airmata. Walaupun dia seorang lelaki, hatinya itu bukan mudah difahami. Seorang
lelaki itu mampu menyembunyikan seribu satu perasaan dalam hatinya beerbanding
seorang perempuan. Semoga keesokan harinya, dia akan memulakan hari-harinya
dengan lebih baik berbanding hari-hari sebelum ini.
Krek ! !
Pintu bilik dikuak
oleh ibu sayangiilahi, ibunya amat terkejut dengan keadaan bilik yang..
=Hasil Nukilan=
sayangiilahi & qudwahquratulaini
