Di saat itu, mulalah keluar kata-kata untuk meluahkan rasa pedih di dalam jiwa.
Ibarat tiada lagi tempat untuk bergantung.
Sungguh,..
waktu itu, syaitan akan mula memasukkan jarum-jarum derhaka dan ketidakpuashati.
Jiwa yang sudah gelap dan resah akan dilingkari sangkaan- sangkaan.
Su’u zohn- su’u zohn...!!
Namun jiwa yg ada sedikit garis cahaya yg samar-samar, meminta untuk kembali.
Kembali kepada Tuhannya. Kerana hanya di situ ada ketenangan.
Di situ ada pengharapan. Disitu ada cahaya yg akan menerangi hati dan jiwanya yg kini kering. Kering minta dibasahkan dengan air mata pengharapan kepada Tuhannya.
Disitu letaknya cinta. Di situ letaknya bahagia.
Lalu jiwa itu terus bangkit dari pedih desakan jiwa dan gelap hasutan syaitan.
Bangkit menemui Allah swt. Rabb dan Ilah nya.
Disitu, di atas tempat sujudnya, segala curahan airmata dan harapnya diluahkan semua.
Hampir tiada tinggal lagi. Desah sendu jiwanya seakan terubat dengan ayat-ayat Kalam Allah yg dibaca. Sungguh, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. di saat itu juga dia tahu yang sabarnya di duga. Kerana ujian itu untuk menguji jiwanya, sabar ataupun tidak.
Dan Allah akan berserta orang-orang yg sabar.
Walaupun mungkin ada tangan yang menghulur, bahu yang menunggu, telinga yang mendengar, namun tiada yang lebih dr perlindungan dan kasih sayang Allah.
Kerana tangan yg menghulur, bahu yg menunggu itu juga mengharapkan kekuatan dari Allah dan mengharapkan Allah. Dia juga mempunyai hati dan juga jiwa yg juga kadang-kadang di cabar dan di uji. Di situ ada kesamaan antara dua jiwa ini.
Masing-masing tidak lepas dr berharap rahmat dan kasih-sayang Allah.
Meminjam sedikit cinta utk kehidupan dunia.
Tidak lepas dr bersandar kepada Keagungan Allah dan Kekuasaan-Nya.
Hati juga terubat bila
memikirkan rahmat dan segala nikmat yg telah Allah kurniakan.
Sudah 3 bulan lebih mitsaqan ghaliza diikat dan itu juga adalah nikmat yg Allah kurniakan.
Sudah 3 bulan lebih mitsaqan ghaliza diikat dan itu juga adalah nikmat yg Allah kurniakan.
Dari hanya memikirkan diri sendiri, kini ada dua yg perlu
difikirkan.
Dari hanya membuat keputusan sendiri, kini ada tempat untuk
ditanyakan dan dirujuk.
Dari memimpin diri sendiri, kini ada pemimpin yg
menerajui bahtera hati ini.
Semua yg pada awalnya asing, kini menjadi
satu yg sebati dalam diri.
Kerana ia juga adalah amanah dari Allah.
Untuk di jaga dan dipelihara.
Kerana ikatan ini juga memelihara dan menjaga.
Di dalam ikatan ini juga ada perlindungan, tempat berkongsi suka dan duka dlm meneraju hidup yang dilandaskan atas iman yang satu kepada Allah dan cinta yang tulus mengharap keredhaan-Nya. Perit jiwa dan sakit hati terubat sedikit dengan adanya jiwa yg turut memahami, menasihati dan memberi.
Walaupun kadang-kadang hanya sekadar mendengar dan memerhati.
Tapi itu juga adalah tempat secebis hati seakan-akan rasa dilindungi.
Dilindungi atas bayangan perlindungan Allah yg dikurniakan untuk orang-orang mu’min.
Wallahualam :'D