Allah

Allah

Wednesday, 27 February 2013

Cinta vs Ujian



orang kata cinta tu ujian,
ia menguji sejauh mana kesetian kita pada si dia,
ia juga uji sejauh mana kuatnya kita untuk hadapi segala apa yang mendatang..
tapi itu semua orang kata,
saya tak pernah merasainya jadi saya tak tau apa itu cinta..

sampai satu hari tu saya nampak awak,
saya tertarik dengan keluhuran peribadi yang ada pada awak,
senyuman awak yang sangat menawan,
pakaian yang cukup indah menutup setiap susuk tubuh diri awak..

mungkin ini yang dinamakan cinta,
ia hadir dengan sendirinya,
tanpa diduga dan tanpa dipaksa..

sejak hari tu saya belajar satu perkara,
cinta itu membuat kita lebih kuat,
sebagaimana kuatnya saya untuk memperbaiki diri saya untuk menjadi lebih baik,
kerana saya tahu,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..


awak,

andai saya insan yang terpilih untuk mendampingi awak,
akan saya jaga dan bimbing awak dengan sebaiknya,
kerana saya tahu,
seorang wanita perlukan seorang lelaki untuk didampingi dan dikasihi..


tapi,

andai saya tidak dijodohkan dengan awak,
saya akan terus berdoa dan berdoa,
semoga awak didampingi oleh orang yang baik,
seorang lelaki yang boleh membahagiakan awak di dunia dan akhirat sana..


saya tahu,

saya merancang dan Allah juga merancang,
tapi saya hanya merancang dengan kemahuan saya sahaja,
Allah pula merancang dengan cintaNya,
pasti Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya dan awak,
yang penting kita kena yakin dengan Allah..


awak, 

cinta ini datangnya dari Allah,
ia harus dikembalikan kepada Allah,
walaupun apa pun yang kita lakukan,
kita kena buat kerana cinta kita kepada Dia,
begitu juga cinta saya pada awak...




kerana Dia.. 


jadi saya harus redha dengan segala ketetapan Allah,

biarpun tak memiliki awak,
cukup sekadar perasaan cinta yang pernah dipinjam kepada saya 
untuk mencintai seorang wanita seperti awak,
saya dah bersyukur..



dalam diam,

cinta telah mengajar saya erti bersyukur,
begitu indahnya cinta~


p/s: begitu indahnya cinta ciptaan Allah.
 Dalam sedar dan  tak sedar ia dah 

mengajar kita banyak perkara..
andai sahaja jodoh itu milik kita
insyallah ! ! ! :'D


Saturday, 23 February 2013

KELEMBUTAN VS KEKERASAN




بسم الله الرحمن الرحيم

"Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan"
-Warkah Cinta-

emosi

Apabila satu perkara timbul dan membuatkan emosi kita terganggu, tanpa kawalan emosi yang sepatutnya akan membuatkan kita melakukan kekasaran ataupun kekerasan. Sebagai contoh anak kita membuat kesalahan, disebabkan emosi ibu yang tidak stabil ketika itu maka lantas si ibu telah memukul anaknya dengan keras. Sebaliknya jika si ibu dapat mengawal emosi marahnya dan cuba melakukan cara yang lembut seperti menegurnya dengan cara yang baik dan percakap yang tidak kesat dan kasar. maka hasilnya juga pasti berbeza.

Dewasa ini seringkali kita lihat orang menegur pesalah dengan cara yang kasar dan keras, seolah-olah seperti tiada lagi cara lembut yang boleh diutamakan walhal sepatutnya cara yang keras itu patut dijadikan pilihan terakhir.

Manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, namun begitu orang yang menegur juga jangan menambahkan kesilapan dengan cara teguran yang kasar. sikap begitu jelas sekali berlawanan dengan apa yang diajarkan oleh nabi SAW kepada kita. Nabis SAW sangat dikenali dengan sikap “kita beri bunga kepada orang yang baling batu kepada kita” kepada orang yang melakukan kejahatan kepada baginda SAW.

Biarlah kita menegur dengan cara yang baik, jauhkan cara menegur dengan membuka aib orang itu. membuka aib orang lain adalah perbuatan yang keji yang tak patut dilakukan olej seorang muslim. Dalam hadis nabi ditekankan bahawa “tidak beriman (sempurna iman) seorang kamu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri”. Sepertimana kita tidak mahu menerima teguran yang kasar, kita juga patut melakukan sedemikian untuk saudara seislam yang lain.

Janganlah disebabkan berlainan pendapat, berlainan kefahaman, berlainan sokongan parti menjadikan itu satu alasan untuk kita bersikap kasar terhadap satu sama lain.

Wallahua’lam…

Wednesday, 6 February 2013

C.I.N.T.A ..H.A.L.A.L


♥~Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. 
Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.~


~✿ Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya 
tetapi ingin menjaga kesuciannya.
 Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.


Kita DIAM bukan bermakna kita membenci sesuatu,
 tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik.
 Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah,
 ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.


~✿  Ramai yang berkata, jika kita diam,
 bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?

Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini,
 semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. 
Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian,
 tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.


Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.


Ingat, bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.


Untuk Hawa..

♥ Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.♥ 


Untuk Adam..

♥ Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.♥ 


Bisik hatiku:


"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."


Ya Allah...


Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...



Seandainya luka ini berhikmah maka biarkanlah...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...