بسم الله الرحمن الرحيم
"Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan"
-Warkah Cinta-

Apabila satu perkara timbul dan membuatkan emosi kita terganggu, tanpa kawalan emosi yang sepatutnya akan membuatkan kita melakukan kekasaran ataupun kekerasan. Sebagai contoh anak kita membuat kesalahan, disebabkan emosi ibu yang tidak stabil ketika itu maka lantas si ibu telah memukul anaknya dengan keras. Sebaliknya jika si ibu dapat mengawal emosi marahnya dan cuba melakukan cara yang lembut seperti menegurnya dengan cara yang baik dan percakap yang tidak kesat dan kasar. maka hasilnya juga pasti berbeza.
Dewasa ini seringkali kita lihat orang menegur pesalah dengan cara yang kasar dan keras, seolah-olah seperti tiada lagi cara lembut yang boleh diutamakan walhal sepatutnya cara yang keras itu patut dijadikan pilihan terakhir.
Manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, namun begitu orang yang menegur juga jangan menambahkan kesilapan dengan cara teguran yang kasar. sikap begitu jelas sekali berlawanan dengan apa yang diajarkan oleh nabi SAW kepada kita. Nabis SAW sangat dikenali dengan sikap “kita beri bunga kepada orang yang baling batu kepada kita” kepada orang yang melakukan kejahatan kepada baginda SAW.
Biarlah kita menegur dengan cara yang baik, jauhkan cara menegur dengan membuka aib orang itu. membuka aib orang lain adalah perbuatan yang keji yang tak patut dilakukan olej seorang muslim. Dalam hadis nabi ditekankan bahawa “tidak beriman (sempurna iman) seorang kamu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri”. Sepertimana kita tidak mahu menerima teguran yang kasar, kita juga patut melakukan sedemikian untuk saudara seislam yang lain.
Janganlah disebabkan berlainan pendapat, berlainan kefahaman, berlainan sokongan parti menjadikan itu satu alasan untuk kita bersikap kasar terhadap satu sama lain.
Wallahua’lam…
No comments:
Post a Comment