“Sesungguhnya kejujuran akan mengantarkan
kepada kebaikan dan kebaikan akan mengantarkan ke syurga dan sungguh kebohongan
akan mengantarkan kepada dosa, dan dosa akan mengantarkan kepada neraka...”(HR
Bukhari-Muslim)
Setiap manusia ada ujian tersendiri, saya
mengambil balik kata-kata yang ditujukan kepada sahabat di laman sosial
facebook. Tanpa sedar, ujian dariNya dapat menguatkan lagi tahanan fizikal
mental & minda kita dengan izinNya tuk menghadapi masa yang begitu cepat
mengejar kita.
Setiap perkara yg kita buat tu, mesti ad
feedback! mmg bila kita fikir balik, ''ya Allah,berdosanya kita'' tapi Allah
bagi peluang lagi, bagi peluang lagi untuk kita berubah & mohon taubat
dariNya.. jgn sia-sia kannya.. teruskan, teruskan..
jgn pernah berhenti, biasa la kita, cepat sangat lupa nikmat yang diberi
pinjam buat sementara waktu ini.
bila dah happy sangat lupa segalanya, dimana ucapan terima kasih kita kepada
Pencipta kita? moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Tapi bila time sedih tu laa, hati kita cepat berdoa mohon keredhaan
dariNya, disitu kita cari balik kekuatan kita, dimana sebenarnya kesilapan kita
dalam kehidupan ini? moga sentiasa mendapat petunjuk dariNya, peringatn tuk
saya jugak..
Menangis la kalau itu dapat melegakan
perasaan awak, lepaskan apa yang terbuku,
insyaAllah kita akan dapat ketenangan
lepas itu..
menangis la, jangan duk paksa diri suh
''sabar'' je..
kadang-kadang kita perlu jugak ''masa'' utk meluahknnya..
"menangis tu mmg best! sbb dapat rawat
hati =)"
Allah sentiasa kasihkan hambaNya, kita je
kadang-kadang tu lupa. ujian itu tarbiyyah tuk mantapkan diri kita, tapi jangan
mengalah dengan ujian, sebab di hujung sana, Allah dah janjikan kebahagiaan.
Redha itu penting, doa & tawakal itu semestinya. :)
Ramai orang selalu risau akan 'apa orang
akan kata nanti' walaupun membuat perkara kebaikan.. Jarang ada orang risau
akan 'apa Allah akan kata nanti' dalam apa pun pekerjaan mahu perbuatan yang
dilakukan seharian.. jom muhasabah diri! T_T
seribu satu perasaan! hehe.. sekejap kita
happy, sekejap kita nangis. Allah bg semua perasaan tu kat kita..kenapa ya?
tapi bila ingat balik, indahnya ciptaanNya kerana perasaan ini hanya mampu
diluahkan di mimik muka, di tulisan tangan. =)
"...Jika tanganmu terlalu pendek utk
membalas kebaikan sahabatmu maka panjangkanlah lisanmu dgn memperbanyak terima
kasih & mendoakannya..."
TERIMA KASIH SAHABAT, INGAT INI SEMUA UJIAN
TARBIYYAH DARINYA.
okey! :) bersyukur dengan apa yang ada..
kesilapan yang lepas-lepas saya mohon dimaafkan, saya jugak ada buat silap
tanpa disedari. ingat, Allah sayang sangat kat kita, sebab itu Dia jaga kita.
:)

No comments:
Post a Comment