Faizi yang tadi hanya memberikan senyuman pada kekasihnya, serta merta berubah air mukanya. Air mukanya keruh dan
tidak seceria pertemuan tadi.
“What are you talking dear? I know that. You Cuma saja nak
kenakan saya kan,” ada getar dihujung bicara Faizi. Faizi aneh dengan keputusan
yang keluar dari lidah Wani.
“5 tahun saya tunggu awak Faizi. Bukan masa yang sekejap.
Tapi awak seakan-akan tidak hiraukan saya. Saya dah bosan dengan sikap awak.
Saya minta awak teman shopping, awak busy dengan kerja awak. Awak langsung
tiada masa dengan saya. Kawan-kawan yang lain boleh jer spend time untuk keluar dating, tapi awak?” ringan lidahnya
melontar kata-katanya.
“Tapi saya buat semua itu untuk masa depan kita Wani. Kita
dah pernah bincangkan perkara ni. Saya tak dapat nak terima alasan awak kalau
itu sebab yang awak bagi kat saya,” kata Faizi sambil menggelengkan kepala.
Faizi bingkas bangun dari tempat duduknya. Hatinya seakan
ditusuk pisau sedalam- dalamnya. Tiba-tiba, seorang lelaki datang menuju ke arah
meja mereka.
“Sayang, siapa laki ni?,” Sayang? Faizi terpana. Tubuh Faizi terpaku melihat
perlakuan antara lelaki tadi dan Wani dihadapanya.
“I’m sorry Faizi,
ini yang saya maksudkan. Saya dah jumpa someone
yang i think dia boleh bahagiakan saya.
Awak tak layak untuk saya,” jelas Wani sambil memeluk lengan lelaki yang Faizi
langsung tidak kenali lelaki itu. Lidah Faizi tidak mampu berkata . Dia seakan-akan
sudah menjadi patung hidup. Penjelasan Wani yang di dengar dari cuping telinganya
seakan mimpi.
“Auratul hawani” hanya itu yang dikeluarkan. Zul yang berada
di sisinya hanya menepuk bahu Faizi.
Tidak pasti, sejak bila Zul berada di situ. Yang pasti, Zul faham
perasaan Faizi. Wani tidak menjawab soalan yang diajukan oleh lelaki yang
memeluk pinggangnya itu. Dia terus menarik lengan lelaki tu, dan berlalu pergi.
Peristiwa itu Faizi buang jauh bersama alunan
ombak di pantai. Biarlah cerita dia dan Wani hilang seperti buih di lautan. Bagi
dirinya, tiada erti lagi cintanya terhadap insan bernama Auratul Hawani. Dia perlu membuka buku baru dalam kehidupannya pada masa akan datang.
____________________________________________________________________________
Elly terkocoh-kocoh masuk ke dalam lif. Dia tahu dia lewat
untuk sesi temu duga kali ni. Dah lah masuk dalam sebuah company yang ternama
dekat Malaysia ni. Disebabkan dia lupa nak set alarm, dia terlewat bangun dari
tidurnya. Entah macam mana, hadir seorang lelaki dalam mimpinya, tapi dia
langsung tidak kenali lelaki itu. Aneh.
Setibanya di dalam lif, dia menekan butang ‘close’. Pintu
lif baru sahaja hendak tertutup, tiba-tiba tangan pantas menghalang pintu lif
tersebut dari tertutup. Seorang lelaki memadankan satu sut baju kemeja berwarna
biru muda bersutkan blazer berwarna hitam, dipadankan lagi dengan tali leher berwarna dark blue.
“Excuse me,” lelaki
itu sempat melontarkan senyuman, dan membelakangkan dia. Elly dengan selamber memberi senyuman juga pada
lelaki tersebut. Suasana di dalam lif sepi. Elly menggaru kepalanya yang tidak
gatal kerana tidak selesa berduaan dengan lelaki asing itu. Tambah lagi, dia
sedang gelisah untuk temu duga. Jantungnya dari tadi berdegup kencang seperti
dia baru sahaja lari pecut 100 meter.
“Hey awak, nak interview
juga ya?,”Elly cuba untuk memcahkan suasana sepi di dalam lif. Lelaki itu
sekadar memberikan senyuman kepada Elly.
“Hey awak, awak tahu tak, saya tak sangka saya ada rezeki
kena panggil temu duga kat syarikat besar ni tau. Dengar - dengar CEO syarikat Ini
baru putus cIntakan? Kesiankan. Nasib saya senasib dengan CEO tu tau. Saya pun
baru putus cinta, sebab pakwe saya tu, dia tipu saya,” mula mulut si Elly ni
mengomel.
Sebenarnya Elly mahu menghilangkan rasa gugupnya untuk di temu duga. Elly
sempat mengerling ke arah lelaki itu, ternyata, lelaki tersebut mendengar
ceritanya. Elly meneruskan ceritanya. Entah kenapa, Elly tiba-tiba membuka
perihal cerita tentang dirinya.
“Awak nak tahu dia tipu apa kat saya?” Elly mmandang lelaki
itu, lelaki itu sekadar menaikkan keningnya tanda ingin tahu cerita
selanjutnya.
“Dia tipu, dia kata dia terpaksa tinggalkan saya sebab dia
ada perkara yang jauh lebih penting untuk dia fikirkan daripada saya, tapi
rupa-rupaanya dia ada perempuan lan. Saya senyap-senyap ikut kereta dia dari
belakang. Last last dia keluar dengan perempuan lain siap mesra-mesra. Terkena saya.
Kaki perempaun rupanya dia tu,” sambil memuncungkan mulutnya ke depan.
Faizi hanya melihat Elly yang sedang seronok bercerita. Suka dia melihat kepetahan Elly berkata. Dengan
mengenakan tudung berwarna pink lembut dan baju berwarna biru dipadankan dengan
skirt labuh berwarna hitam. Nampak ayu, tetapi mulutnya dari tadi tidak
berhenti bercerita. Aneh, kenapa perempuan ni tetiba bercerita tentang dirinya.
“Hey awak, awak pernah berncinta?” tiba-tiba Elly mengajukan
soalan kepadanya.
“Kenapa tanya?” soalan itu ibarat membuka luka hatinya. Sakit.
Menghiris-hiris parut luka yang dulu. luka yang dulu masih berbekas pada hatinya.
“Takda apa, biasa kalau orang yang pernah bercinta ni, dia
boleh rasa apa yang saya rasa. Geram. Geram sangat,” jelas Elly sambil bermain hujung
pada kain tudungnya.
“Habis tu, awak nak saya buat apa?” sambil tersenyum Faizi
menanyakan soalan itu kepada Elly. Lucu melihat sikap gadis dihadapannya.
bersambung...
qudwahquratulaini~

No comments:
Post a Comment