Suasana bilik menjadi sepi selepas Faizi meninggalkan ruang
bilik itu. Elly masih lagi duduk kaku di kerusinya. Hatinya gelisah.
“come, saya
tunjukkan bilik Tuan Faizi”, sentak Elly apabila dirinya tiba-tiba dipelawa wanita tadi. Elly akur. Setibanya di hadapan
pintu bilik lelaki itu. Elly hanya berdiri dihadapan pintu itu.
‘nak masuk ke tak ni. Habislah aku. Tak pasal-pasal dia tahu
pasal diri aku. Yang aku ni pun satu, senang sangat aku cerita tentang diri aku
pada orang yang aku tak kenal. Aduh !!! mak, tolong Elly mak. Apa Elly nak buat
ni mak’, tidak habis-habis Elly mengomel sendiri dalam hatinya.
“awak nak berdiri depan pintu bilik saya ke Cik Elly?” pintu
bilik tiba tiba dibuka oleh lelaki itu. Muka Elly berbahang. Malu. Perlahan-lahan
Elly menyusun langkah masuk ke ruang bilik lelaki itu. Elly memerhati setiap
sudut di ruangn bilik lelaki itu. Kemas dan teratur. Simple.
“Cik Elly, duduklah, jangan nak jadi patung cendana kat situ”,
Faizi bersuara memecahkan suasana sepi di ruangan bilik yang hanya dihuni oleh
mereka berdua. Elly berdehem dan berjalan dekat kea rah meja Faizi dan duduk berhadapan
dengan lelaki itu.
‘hish, dia ni. tengoklah
kau, kau tak kenal aku siapa kan’, gutus Elly dalam hatinya. Tergumpal rasa
geram pada lelaki di hadapanya itu.
“So, cik Elly, saya sudah pun terima awak bekerja di syarikat saya. Apa yang awak boleh
sumbangkan kat saya”, kata-kata sinis dari Faizi yang sengaja untuk menyakitkan
hati Elly.
“Apa yang tuan nak saya buat, In Shaa Allah saya akan buat
tuan”, jelas Elly.
‘eh, kenapa pulak aku offer
diri aku macam tu kat mamat ni. Kalau
mamat ni ambil kesempatan kat aku macam mana. Ally, apa kau buat ni’, sebel
hati Elly. Namun bagi Elly, dia perlu bersikap professional walaupun majikannya
bersikap sedemikian terhadap dirinya.
“Wow, so amazing. Apa
pun awak akan buat Cik Elly”,Faizi saja ingin menduga sekali lagi hati Elly.
Faizi pasti, hati Elly sedang berbolak-balik dengan kata-katanya sebentar tadi.
Dia tersenyum puas.
‘Hey, mamat ni kenapa, pandang aku macam nak makan aku je. Senyum-senyum
macam kerang busuk. Ada jugak mata orang yang aku cungkil then bawa balik rumah ni nanti. Apa masalah mamat ni nak dari aku sebenarnya.
Menyesalnya aku cerita kat dia time kat
lif tadi’
“Tuan Faizi, tuan dah tengokkan resume saya. So, saya
rasa tuan boleh letakkan saya dekat mana -mana department yang sesuai dengan
kelayakan yang saya ada,”, geram Elly.
‘amek setepek kau.
Aku geram betul dengan mamat gile ni. CEO ke macam ni. Itu pun nak kena ajar ke’,
Elly puas. Sebel hatinya dengan lelaki itu.
“Awak tak kesah kalau saya letak awak kat mana mana department yang saya suka Cik Elly”. lelaki
itu menduganya lagi. Elly menganggukkn kepalanya sambil menghadiahkan seyuman
paling manis tetapi tidak inkhlas bagi Elly kepada lelaki itu.
“Bagus awak ni. Saya suka cara awak. Memandangkan saya cuma ada
satu department sahaja yang kosong,
saya akan letakkan awak kat department
tu. Setuju?”, Faizi inginkan kepastian.
“Department tu
kosong? Maksud Tuan Faizi?” Elly pelik.
“Department tu
langsung takde sesiapa kat situ. So, untuk staf saya yang paling istimewa ni,
saya nak awak yang jaga department
tu. Boleh?”, Pinta Faizi dengan penuh hormat kepada Elly.
“Wait wait, department apa yang langsung takde orang
?”, timbul satu persolan di kotak fikiran Elly. Mana tidaknya, syarikat
ternama masih ada lagi department yang
kosong.
“Department dekat
hati saya cik Ellysya Rinie Nur Husna”, Faizi memandang tepat ke dalam mata
Elly. Mata mereka bertembung antara satu sama lain. Elly tergamam tatkala nama yang terkeluar dari mulut lelaki itu.
bersambung...
qudwahquratulaini~

No comments:
Post a Comment