Allah

Allah

Wednesday, 27 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 14



“El, saya serius ni. After office hour awak teman saya. Saya nak cari barang sikit”, pinta Faizi sekali lagi kepada Elly. 

“Barang apa yang penting sangat. Saya malaslah nak berjalan-jalan ni”, Elley mengeluh panjang dan memuncungkan bibirnya. Elly terus melentokkan kepalanya di atas meja.

“Malas nak jalan? Macam tu saya dukung awak jelah. Awak tu kecik-kecik comel je. Saya larat lagi nak dukung awak”, Faizi sempat mengeyitkan mata sebelah ke arah Elly.

Elly cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Faizi tersenyum melihat gelagat Elly dihadapannya. Kebahagaian itu hadir dalam diri Elly. Biarpun sebelum ini Elly menempuh segala perit dan duga, namun kini Allah menghadirkan seseorang yang mampu membuatkan dirinya dihargai. Kini dia yakin menerima Faizi untuk melengkapi kehidupannya. Biarpun dia belum cukup mengenali siapa lelaki dihadapannya itu, namun dia yakin dengan setiap keputusannya. Keihklasan Faizi menyakinkan hati Elly.

__________________________________________________________________

"Awak nak bawa saya ke mana ni. ini bukan jalan nak balik rumah saya tau", Elly membuat muka.

"Eh, rahsia sayang oii, tak boleh tahu", Faizi tetap mengekalkan senyuman di bibirnya.

"Hish, tadi awak dah bawa saya tawaf satu Pavilion tu, lepas tu dah malam macam ni, entah mana awak nak bawa saya", Elly membebel. Elly letih ,melayan kerenah Faizi. Tambah lagi, dirinya memang betul-betul letih. 

"Saya nak bawa awak lari. Boleh?",pantas Elly mencubit lengan Faizi. Faizi menjerit dan mengusap lembut tempat cubitan Elly tadi. Faizi tergelak melihat wajah Elly yang sedang marah.

'Comel awak', getus hatinya.
 
Awak jangan main-mainlah, nanti Rina membebel tau kalau saya balik lambat. Saya malas nak dengan bebelan dia. Lagi dia bising kalau saya keluar dengan awak tau", geram Elly dengan Faizi yang dari tadi asyik mengenakan dirinya yang sudah letih.

"Eh, kenapa pulak dia nak bising? Dia jeles ke? Oo, baru saya tahu ada jugak yang minat kat saya. so, rugilah kalau Cik Elly tolak lamaran saya", duga Faizi. Sebenarnya Faizi sudah meminta izin kepada Rina untuk membawa Elly meluangkan masa dengannya terlebih dahulu.

"Hey, tak rugi pun lah, ada sebab kalau saya tak khawin dengn Tuan Faizi pun. Kalau awak pun suka Rina, pergilah, saya tak hairan”, nada Elly berbaur rajuk walaupun dia menidakkan apa yang berada dalam fikiran Faizi. Namun Faizi dapat membaca apa yang Elly fikirkan.

Susana dalam kereta menjadi sepi hanya mendengar mp3 lagu yang terpasang di kereta Faizi. Faizi memasangkan lagu-lagu yang menjadi kesukaan Elly di dalam kereta. Kadang-kala Faizi mendengar Elly bernyanyi kecil mengikuti rentak lagu-lagu yang dipasang. Faizi memusingkan stereng kereta dan memarkirkan keretanya. Dia melihat Elly disebelahnya, Elly sedang nyenyak tidur.

"penat membebelnya mak cik", Faizi meneliti raut wajah milik Elly. Faizi tersenyum. Hembusan nafas halus Elly kedengangran dicupig telinga Faizi. Faizi memperlahankan suhu air-cond keretanya dan dia membuka pintu kereta perlahan dan menutupnya kembali perlahan-lahan. Dia membiarkan Elly tidur di dalam kereta. Mungkin gadis itu keletihan menemani dirinya seharian mencari barang perkahwinan mereka.

Faizi menyandarkan tubuhnya dikeretanya dan menikmati angin malam di Pantai Morib.Walaupun perjalanan agak jauh, namun disitulah tempat dimana Faizi melepaskan penat lelahnya selepas penat melakakukan aktiviti seharian. 

Faizi bersyukur ke hadrat Illahi, kerana Elly menerima lamarannya. Faizi tahu akan keputusannya dan dia yakin Elly adalah anugerah yang terindah selepas dia melalui pelbagai onak duri dalam kehidupannya. Faizi teringat akan peristiwa semasa memlih cincin pernikahan di Pavilion tadi.

"Hey awak, mahal tahu tak cincin yang awak pilih ni, Sini", Elly merampas sepasang cincin dari pegangan Faizi. Faizi memandang Elly aneh. Elly membelek -belek cincin itu.

"Mana ada mahal. Sekali seumur hidupkan. Awak tahu tak, saya tak pernah belikan cincin kat mana-mana perempuan tau. Lagipun awak someone special in my life for now and always dear”, lembut kata-kata Faizi dekat pada tlinga Elly.

"Tapi awak, cincin ni mahal sangat tau. Kita beli biasa-biasa je ae?”, saat itu entah bagaimana Elly spontan memaut lengannya. Faizi memandang lenagn yang di paut oleh Elly. Elly cepat-cepat melepaskan pautan itu kemudian dia membetulkan posisi tempat dudukknya. Wajahnya serta merta merona merah. Faizi Tersenyum melihat Elly.

‘malu lah tu”, getus faizi dalam hatinya. 

bersambung...

qudwahquratulaini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...