Allah

Allah

Saturday, 16 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 13


Hari berganti hari, hubungan Elly dan Faizi semakin baik. Elly selesa berhubung dengan Faizi. Tiada yang mustahil seandainya memang jodoh menyebelahi mereka. Keyakinan Faizi yang membina hubungan ini. Kehadiran Elly menyempurnakan kehidupan hari-harinya. Cuma, Elly belum pernah menyatakan isi hatinya kepada Faizi. Namun, Faizi tetap menanti dan bersedia dalam setiap kemungkinan yang keluar dari mulut gadis itu.


“El, nanti awak ikut saya, boleh?”, tiba-tiba Faizi membuka pintu bilik pejabat Elly. 


“awak ni, boleh tak nak masuk tu ketuk pintu dulu, main terjah je”, rungut Elly. Elly buat muka muncung itiknya. Faizi hanya tersenyum dan menggeleng kepala melihat Elly. 


“Nak pergi mana pulak kali ni? Hari tu awak dah bawa saya jalan pergi Langkawi.  Saya penatlah”, Elly cuba untuk mengelak. Elly tahu, Faizi cuba untuk mengorek semua rahsia dalam hatinya. 
Sebenarnya, Elly sememangnya suka berjalan dan sudah dimaklumkan oleh Rina kepada Faizi. Sebab itu, Faizi tahu, setiap kali alasan yang keluar dari bibir gadis itu hanyalah untuk mengelak dari dirinya.


“Amboi, siapa bos sekarang ni? Awak ke saya? berani awak cakap macam itu kan Cik Elly?”, sinis soalan Faizi kepada Elly.


“Kenapa pulak saya tak berani dengan awak? Awak pun manusia biasa jugakkan. Sama macam saya”, Elly cuba untuk pertegakkan pendiriaannya.


“Ellysya Rinie Nur Husna . Dah berani menjawab sekarangkan”, Faizi memandang tepat ke anak mata bulat bundar milik Elly. Mata yang mampu berjaya membuatkan Faizi tewas dan jatuh hati kepada Elly.


“Beranilah. Kenapa? Tuan Faizi nak ambil tindakan apa-apa kat saya ke?”, Elly cuba menguji kesabaran lelaki dihadapannya. Elly sempat menghadiahkan senyuman kepada lelaki dihadapannya.


“Awak nak saya berhentikan awak bekerja dalam syarikat saya ke Cik Elly”, kali ini sura Faizi bernada tegas. Namun, tidak dipedulikan langsung oleh Elly.


“Wow, it is surprise to me Tuan Faizi. Why not? I’ll accept it. Boleh je saya nak behenti kerja dalam syarikat tuan ni.Cuma...”, Elly tidak menhabiskan kata-katanya. Elly ingin menduga hati Faizi. Mungkin kali ini Faizi memang beul-betul marah dengan tindakannya. 


“Cuma apa? Jangan buang masa saya”, Faizi memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. 


“Cuma mampu ke Tuan Faizi buat kerja tanpa Cik Ellysya Rinie Nur Husna depan mata?”, Elly tersenyum puas. 


bersambung...


qudwahquratulaini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...