Allah

Allah

Wednesday, 6 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 6



‘Mana mamat ni jumpa nama aku ni’, Elly pelik. Matanya asyik memandang lelaki segak dihadapannya.



"Kenapa Cik Elly? Terkejut saya tahu nama awak ?",  Faizi tersenyum sinis. Anak matanya tidak terlepas daripada  melihat raut wajah Elly yang tiba-tiba menjadi merah. Barangkali dia malu.



‘saya tetap sukakan awak Elly, your is mine, detiknya dalam hati.



Tokk !!! tokk !!!

Ketukkan pintu dari luar memecah suasana sepi di runagan bilik itu setelah mereka tidak berkata apa-apa. Elly malas nak melayan karenah lelaki itu. Mungkin lelaki itu hanya bergurau dengan pekerja barunya. 



“Tuan Faizi, bilik Cik Elly saya dah sediakan. Nak saya bawa Cik Elly ke bilik dia ?”, soal Alice yang merupakan personal assistant Faizi di syarikat itu. Faizi mengangguk dan bingkas bangun dari kerusinya dan terus memusingkan tubuhnya membelakangi Elly. Elly jadi sebel dengan sikap majikannya. Dari tadi, tidak pernah terlepas matanya melihat setiap tingkah laku majikanya itu.



"Kalau yer pun awak dah sukakan saya, tak perlu perhatikan saya lama-lama Cik Elly. Saya tahu saya memang kacak di mata awakkan", Faizi bersuara tanpa memalingkan wajahnya ke Elly.

'kacak? perasan lebih mamat ni', kutuknya dalam hati Elly.


“Cik Elly, come.  saya tunjukkan bilik awak Cik Elly”, Alice mempelawa Elly dan dia dapat merasakan sesuatu yang aneh di antara mereka berdua. Elly terus bingkas bangun dan pergi meninggalkan ruangan bilik itu. Elly percepatkan langkahnya, malas untuk duduk lama-lama di situ kerana hatinya sakit dengan sikap lelaki di hadapannya itu.



“Tuan Faizi, sebelum itu, thanks sebab terima saya kerja di syarikat tuan,”  pintu bilik di tutup. Elly berlalu pergi. Elly mengekori Alice dari belakang menuju ke ruang biliknya.



"okey, Elly, ini bilik awak. okey tak? selesa?", soal Alice untuk memastikan Elly betul-betul selesa dengan susana bilik yang dia sudah kemas tadi atas arahan daripada Faizi.



"Eh !!, Ni bilik saya ? Tapi kallau tak silap saya, ini bilik Alice", Elly perasan Alice masuk ke bilik ini selepas mereka berjumpa sebelum Elly interview tadi. Alice tergelak kecil, dia menguak rambutnya ke belakang sambil perhatikan Elly di hadapnnya.



"Sebenarnya, Tuan Faizi nak Elly gantikan tempat saya. Dan Tuan Faizi  hantar saya ke department lain", jelas Alice. Alice tahu situasi ini telah mengelirukan Elly. 



"What?”, suara lantang Elly mengejutkan Alice yang berada di sebelahnya. Elly terus memandang Faizi yang dia perasan dari tadi sedang menyandar di bucu meja sambil memerhatikan Elly dari balik pintu kaca biliknya. Nafas Elly turun naik  sambil memerhatikan Faiz. Geram.

bersambung...

qudwahquratulaini~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...