Lumrah dalam kehidupan, tak semua apa yang kita rancang akan
tercapai dengan mudah. Kadang-kadang kita merancang sesuatu untuk buat
seseorang itu happy, tapi perancangan
kita meleset, sebaliknya perancangan kita itu makin buat dia terluka.
Kadang-kadang kita buat sesuatu perancangan itu, untuk masa depan kita dengan
dia, tapi disebabkan dia menunggu kita terlalu lama, sehingga dia jemu dan
letih untuk menunggu, akhirnya dia pergi. Sebab itu, kalau boleh, setiap
perancangan itu sandarkan harapan terhadap Dia yang lebih bijaksana untuk
merancang kehidupan kita.
“Faizi, kau buat apa kat sana? Sinilah” laungan dari Zul membuatkan lamunan Faizi tersentak. Faizi bingkas
bangun dari tunggul kayu di tepi pantai. Ranting kayu yang dia gunakan tadi untuk
mengais-ngais pasir pantai di campak ke tepi.
“kau ni zie, kita datang sini kan nak happy happy, kau tak payah
lah ingat lagi pasal dia. Perempuan itu aku pastikan dia akan dapat apa yang dia buat
kat kau” kata Zul sambil meniup bara api.
“Ish pulak macam tu. Aku percaya setiap yang berlaku ni
mesti ada hikmah. Lagipun sekarang ni aku boleh terima semua dah. Kita doakan
yang terbaik untuk dia okey?” kata
Faizi sambil tersenyum.
“Hey kau ni, kalau aku jadi kau aku memang dah bagi penampar
kat muka dia tu. Untung negara kita ni ada undang-undang” geram si Zul dengan
sikap bekas kekasih sahabatnya itu.
Faizi cuma terdiam. Dia memandang kosong unggun api di hadapannya.
Fikirannya pantas teringat akan peristiwa beberapa tahun yang lalu.
“Wani, saya datang jemput awak ye? Zul nanti naik kereta berasingan dengan kita.
Sebab dia bawa Aina.” Ketika dia membuat panggilan dengan Wani kekasihnya.
Mereka merancang ingin bercuti dan menginap di villa milik Faizi.
“Faizi, I need to talk about our relationship, kita jumpa
tempat biasa” Faizi rasa tidak karuan. Ada sesuatu yang bakal berlaku. Hubungan
selama 5 tahun bersama Auratul Hawani, sejak dia menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di luar Negara.
“okey my dear, petang
pukul 4 macam biasa” digagahkan jua. Mungkin ada perkara yang wani nak
bincangkan. Barangkali suruh aku masuk meminang. Tersenyum sendiri dia duduk di
balkoni rumahnya. Sudah banyak kali dia ingin menjadikan Wani sebagai suri
hatinya, tapi ditolak dengan alasan Wani belum bersedia. Namun, Faizi tetap
menanti dengan penuh kesabaran.
Rambut perang panjang paras bahu yang sedang berjalan menuju
ke butik Dockers bersama seorang lelaki yang kelihatan seperti orang brada . Zul perhatikan. Dari segi cara
berjalan dan suara yang dia dengar dari cuping telinganya dia amati dengan sungguh-sungguh.
Zul amat kenal suara perempuan tersebut.
Auratul hawani. Degupan jantung Zul ibarat sedang berlari
pecut . Nafasnya naik turun. Matanya
sakit melihat tingkah laku gedik perempuan yang bersama orang tua keparat itu.
Jarinya digenggam menahan marah. Tiba-tiba, Faizi muncul dari belakngnya.
“wey Zul, kau tengok apa? Bukan main lagi kau tengok awek
seksi.” Faizi tak tahu apa yang dipandang oleh zul ketika itu. Dipanggilnya
banyak kali tapi tidak menyahut. Faizi yang sedang membelek-belek baju blouse
berwarna biru untuk Wani kekasih hatinya terus datang dekat kepada Zul. Namun
Zul lebih pantas menarik lengan Faizi dan terus ditarik pergi tempat yang lebih
jauh. Dia tidak mahu sahabatnya melihat apa yang Wani buat di belakangnya.
“wow wow, kau
kenapa? aku tak bayar lagi baju Wani ni. Ok tak? “ Faizi menunjukkan baju yang
dia pilih untuk Wani kepada Zul. Zul kasihan melihat Faizi yang sungguh-sungguh
memilih baju untuk kekasihnya, tetapi perempuan tak guna itu meminkan perasaan
yer di belakang. Mustahil Zul
memberitahu perkara sebenar. Zul percaya, setiap perkara yang busuk akan
ketahuan juga baunya walaupun ditutup dengan selimut dan di sapudengan minyak
wangi.
“kau ni kenapa, aku tanya kau pasal baju ni, yang kau tengok
aku macam nak makan aku ni kenapa? Faizi menepuk bahu Zul. Zul tersentak dari
khayalannya.
“sorry bro, aku teringat kat Aina pulak kalau dia pakai baju
macam tu. Apa macam?” Zul cuba bercanda. Dia tersenyum sumbang kepada Faizi.
“weyh, jangan lah. Sibuk r kau. Mana boleh sama-sama ni. Kau
nak cari lain. Aku bayar kat kauter jap. Kau tunggu sini” Faizi terus berlalu
pergi unruk membayar baju blouse yang dia beli untuk kekasihnya itu.
Zul
melihat langkah Faizi yang membelakanginya. Aku harap, Allah akan tunjuk dekat
kau apa yang aku nampak secepat mungkin. Aku tak sangka wani sanggup buat kau
macam ni.
___________________________________________________________________________
Pukul 4 petang, seperti yang djanjikan, Faizi dan Wani
bertemu di Sup Ani Utara Shah Alam. Mereka saja mengambil tempat di penjuru
hujung pada kedudukan restorent tersebut, supaya mudah untuk mereka berbincang
dan susasana pun tidak terlalu bising.
Faizi hanya memakai t-shirt merah berkolar dipadankan
dengan seluar jeans blue black. Warna kegemarannya. Penampilannya kelihatan
bersahaja, manakala wani hanya memadankan skirt labuh berwana biru dan baju
kemeja labuh, kemudian rambutnya di biarkan lepas. Cukup manis wajahnya apabila
bibirnya terhias dengan secalit lipstik berwarna merah.
“sejak balik dari university, lama betul kita tak jumpakan
wani?”
Wani
hanya sekadar memberi senyuman kepada lelaki yang
berjaya menakluki hatinya selama 5 tahun di universiti. Wani meneruskan
agendanya. Bagi dirinya Faizi hanya lelaki yang sibuk dengan kerjayanya
dan
tidak memperdulikan keinginannya. Walaupun dia tahu, Faizi sungguh
menyanyangi dirinya, namun dirinya merasakan Faizi hanya mementingkan
kerjayanya dari dirnya.
“Faizi, I want to break”, Wani memberanikan matanya melihat
anak mata Faizi.
bersambung....
qudwahquratulaini~

No comments:
Post a Comment