Allah

Allah

Monday, 11 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 10


Wajah ayu Elly tiba-tiba bermain dalam fikirannya. Dia kesal akan tindakannya meninggalkan Elly kerana terlalu mengejarkan kecantikan wanita semata-mata. Hakikatnya, kecantikan itu tidak membawa kebahagiaan dalam hidupnya. Dia lebih memilih Wani yg memiliki penampilan yang seksi dan memiliki ciri-ciri wanita idaman Imran. Namun, lama-kelamaan Imran rimas melayan keinginan Wani. Yang terlalu mendesaknya untuk menemaninya membeli belah, keluar makan sehinggakan semua masanya hanya diluangkan untuk Wani. Dan dia langsung tidak merasakan kebahagaian setiap kali Wani berada dekat dengannya. 

Ingatan Imran terus tertumpu kepada Elly. Dia teringat akan setiap tindak tanduk Elly. Setiap kali Imran mahu meluangkan masa bersama Elly, Elly mesti mengelak. Alasanya waktu tidak mengizinkan sebab sudah lewat malam. Kerja banyak. Elly banyak menjelaskan kepada dirinya, semua itu bukan alasan, tetapi Elly hanya mahu menjaga batas anatra mereka. Elly tidak mahu di cemuh dan di hina oleh saudaranya. Namun, bagi Imran, semua itu hanya alasan lapuk yang diberikan oleh Elly. 

“El, maafkan Im. Im sayangkan El. El yang mampu bahagaiakan Im. ”, Imran meraup mukanya dengan telapak tangannya. Perlahan air mata Im menistis membasahi ppinya.  Satu persatu kenangan menyinggah ke ingatan Imran. Suasana di ruang tamu  yang hanya diterangi lampu malap, sunyi dan hanya mendengar esakan Imran yang menyesal akan segala perbuatannya.

__________________________________________________________________________

Elly memulakan tugasnya seperti biasa pada pagi itu. Hari ini Elly hanya memakai jubah berwarna hijau epal dan kepalanya kemas dililit dengan shawl lycra bewarna merah jambu muda. Elly kelihatan tampak lebih manis apbila bibirnya dioles sedikit lipstik bewarna jambu. Keayuan dan kelembutan seorang wanita itu teserlah di wajah Elly.

"Elly, awak dah breakfast?”, tiba-tiba Alice menjengah dari pintu biliknya.

“saya puasa hari ini Alice", Elly membalas kata-kata Alice. Namun matanya masih tertumpu pada data-data yang terdapat di dalam komputer miliknya.

okey, saya pergi dululah macam itu. Bye”, Alice menutup pintu perlahan dan pergi. Elly hanya mengangguk dan meneruskan kerjanya.

'Kring !!! kring!!’, telefon pejabat yang berada di sudut meja berbunyi. Elly berhenti menaip dan mmencapai ganggang telefon itu.

hello, good morning. Iskandar co”, Elly menjawab panggilan itu. Terdapat senyuman manis di hujung perkataan yang Elly sebut tadi. hakikatnya elly memang peramah dengan semua client majikannya.

“Boleh awak buatkan saya coffee cik Elly”, Faizi yang dari tadi memerhati setiap tingkah laku Elly, namun tidak disedari oleh gadis itu. Dari mula Elly masuk ke ruang pejabatnya sehingga dia menjawab panggilannya. Elly memandang Faizi dari cermin kaca. Faizi sedang menyandar di kerusinya sambil memerhatikannya.

“Baik tuan Faizi, saya akan hantar coffee ke bilik  tuan. Ada apa apa lagi tuan nak saya buat”, Elly cuba bersikap professional dengan majikannya. Walaupun dia masih rasa geraam dengan tindakan Faizi  malam tadi yang datang ke rumahnya tanpa keizinannya.

Nope, tapi...", kata-kata Faizi tidak dihabiskan. matanya tepat memandang Elly.

"Tapi apa tuan Faizi?", terdengar keluhan kecil milik gadis pujaanya. Faizi tersenyum.  

"kenapa awak cantik sangat hari ni?”, mata Faizi masih memandang tepat ke arah wajah Elly. Elly yang dari tadi tunduk selepas dia perasan Faizi asyik memandangnya, terus mengangkat wajahnya memandang Faizi. Meraka saling berpandangan. 

bersambung...

qudwahquratulaini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...