Allah

Allah

Sunday, 10 May 2015

Maaf, Saya Tersukakan Awak !!! - Ep 9


Elly masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan Rina sedang duduk di sofa. Rina hanya bersikap bersahaja. Elly kesal dengan rina, dia terus menaiki tangga. 

“El, maafkan aku”, Rina bersuara. Kaki Elly terhenti semasa ingin melangkah ke anak tangga yang ke tiga. Dia palingkan wajahnya tepat ke arah Rina. Rina jalan perlahan menuju ke arah Elly. Rina tahu, tindakannya telah membuatkan Elly betul-betul marah. 

“Minta maaf kenapa Rina? Kau tak ada buat salah dengan aku”, sinis kata-kata Elly. 

“El jangan macam ni. Aku betul-betul minta maaf dengan kau pasal boss kau tu. Sebenarnya petang tadi dia call aku. Aku sendiri tak tahu mana dia dapat nombor aku. Dia cakap nak bagi something kat kau. Dia nak bagi personal dengan kau. Aku percaya kat dia sebab di bos kau. “, Rina cerita satu persatu perkara yang sebenar kepada Elly. 

“Rina, lepas ni tolong, aku merayu sangat pada kau ni Rina,  Jangan layan lagi mamat tu. Kalau dia desak kau atau apa, bagitahu aku. Aku tak suka cara dia. Mentang-mentang di boss, sesuka hati dia nak buat apa kat org bawahan dia. Dengan orang lain, dia boleh buat macam tu. Tapi dengan aku, silap oranglah dia”, pinta Elly. Elly tidak mahu lelaki itu membina harapan setinggi gunung terhadap dirinya. Bagi Elly, tiada lagi makna ‘cinta’ dalam hatinya untuk lelaki sebaik Faizi. Hati Elly masih berbekas parut dengan cintanya yang dulu.

“El, kenapa kau susah sangat nak terima dia? Aku dapat rasa, Faizi tu baik dengan kau. Dia betul betul sukakan kau”, Elly hanya membalas dengan senyuman sinis. Namun, Rina perasan terdapat mutiara kecil di hujung mata milik Elly. Jelas, hatinya masih sakit dengan perbuatan bekas kekasihnya dahulu.

“El, kenapa kau tak pernah bagi peluang pada hati kau. Kau tak boleh samakan Faizi dengan Imran. Tak semua lelaki sama”, mata Elly terus memandang wajah Rina tatkala nama lelaki itu keluar lancar dari lidah Rina. 

“El, kalau sebelum ni Im lukakan hati kau, kenapa kau tak belajar  terima Faizi untuk sembuhkan luka kau. Kita hanya mampu merancang El, tapi perancangan kita selalu berisiko tinggi untuk tersasar jatuh menyembah bumi. Yang lebih baik perancangan hanya Allah. Anggap pertemuan kau dengan Im itu perancangan Allah untuk pertemuan kau dangan Faizi. Ada hikmah dengan apa yang berlaku ni El”, pujuk Rina. Dia tahu, Elly sememangnya benci dengan kaum adam. Semua ini hanya kerana sikap Imran yang dulu pergi meninggalkan Elly . sedangkan pada ketika itu Elly sedang membina setinggi harapan kepada Imran.

____________________________________________________________________________

Shit!! Kau milik aku Elly. Tak ada lelaki lain yang boleh rampas kau dari aku”, dia menghempas kunci kereta ke lantai, dan terus menghenyakkan punggungnya ke sofa. 

bersambung...

qudwahquratulaini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...