Elly meletakkan ganggang telefon tanpa menjawab soalan Faizi.
Dia terus keluar dari bilik pejabatnya untuk membancuh kopi yang di minta oleh
Faizi. Selesai membacuh, Elly menuju ke
bilik Faizi , Elly mengetuk pintu dan selepas dia mendengar Faizi membenarkan
dia untuk masuk, Elly membuka pintu perlahan. Dia mencari kelibat Faizi tapi
susuk tubuh lelaki itu langsung tidak kelihatan. Dia berasa pelik. Suara Faizi
jelas dengar di cuping telinga yang membenarkan dia masuk ke ruangan bilik
pejabat Faizi, tetapi empunya suara tiada.
Perlahan Elly menyusun langkah menghampiri meja milik Faizi.
Lalu, dia meletakkan secawan kopi yang di minta oleh Faizi. Elly segera ingin
meninggalkan ruangan bilik itu, sebelum dia bertemu dengan Faizi. Hatinya sudah
tentu disakiti oleh lelaki itu lagi. Namun, matanya terlihat seseorang yang
amat dia kenali di papan skrin komputer milik Faizi. Jelas terpampang satu nama ‘Ellysya Rinie Nur
Husna’. Gambar tersebut ketika Elly menghadirkan diri di sebuah makan malam
syarikat tempat kerjanya. Elly pelik,
kenapa perlu gambar dan namanya berada di papan skrin komputer lelaki itu.
Tiba-tiba, matanya terpandang bait-bait kata yang di tulis
cantik menggunakan pen bewarna hitam. Hatinya tertarik untuk mengetahui bait-bait
kata yang mungkin ditulis oleh lelaki itu. Saat itu, Elly perlahan-lahan mengambil
buku kecil itu. Dia membuka satu persatu helain buku itu tanpa memperdulikan di
mana keberadaan dia ketika itu. Elly terus membuka muka surat terakhir
penulisan lelaki itu.
Ellysya Rinie Nur Husna, walaupun diri awak jauh dari saya,tapi saya
percaya suatu saat, hati awak lembut selembut sutera. Tenang hati ini apabila
setiap kali saya memandang wajah bersih milik awak Ellysya Rinie Nur Husna.
Hati saya juga tenang setiap kali hati ini menyebut nama indah awak Ellysya
Rinie Nur Husna. Sentiasa saya berjanji dengan diri saya, untuk bagi kebahagian
setelah lelah keperitan yang awak lalui dalam kehidupan awak. Doaku, agar
dirimu dapat menerima diri ku untuk menjadi pelengkap dalam setiap kekurangan
ku. Maaf, saya tersukakan awak Ellysya Rinie Nur Husna.
Perlahan air mata Elly mangalir perlahan. Matanya masih
memandang bait-bait tulisan Faizi.
“Maafkan saya. susah untuk saya terima awak Faizi. Hati saya
masih sakit dengan apa yang dia buat pada saya”, kata-kata itu langsung keluar
dari bibir Elly.
“kenapa awak tak pernah bagi peluang pada saya untuk rawat
luka pada hati awak Elly?”, Faizi yang tiba-tiba bersuara dari arah belakang. Faizi
yang dari tadi memerhatikan Elly tanpa disedari oleh Elly. Faizi memang
langsung tidak menyangka Elly akan membuka buku diarinya. Tapi, faizi langsung
tidak tergerak untuk menghalang tindakan Elly. Biarlah Elly tahu semua isi
hatinya yang tulus menyanyangi gadis itu.
Elly cepat-cepat menyeka air matanya. Ketika itu, Elly
seperti terkena renjatan elektrik. Dia cepat-cepat
mengembalikan buku itu ke tempat asal.
“Maaf Tuan Faizi. Your coffee”, Elly terus melangkah pergi. Hatinya
serba salah dengan tindakannya yang
menceroboh hal peribadi majikannya.
“Ellysya Rinie Nur Husna”, Faizi menarik lengan Elly. Langkah Elly terhenti. Elly terkejut dengan tindakan Faizi.
bersambung...
qudwahquratulaini~

No comments:
Post a Comment