“Tuan Faizi, saya harap tuan boleh hormat saya sebagai pekerja
tuan seperti mana saya hormat pada tuan”, Elly langsung tidak memandang Faizi.
“Elly, give me change please”, nada Faizi kali ini seperti
merayu dan mengharap penuh kepada Elly.
“awak tak faham situasi saya. awak tak kenal siapa saya, bahkan awak
tak tahu latar belakang kehidupan saya Faizi”, Elly menarik nafas dalam menahan sebak dalam dadanya.
"Semua tu tak penting bagi saya Elly. Hati saya yakin awak
adalah jodoh saya Elly", Faizi cuba memberi keyakinan kepada Elly.
"Cara awak cakap sama macam lelaki tu. Cukuplah Faizi. Hati
saya letih dengan semua yang melibatkan
hati saya. Cukup dengan kesan luka yang masih ada dalam hati saya ni.”, Elly
menarik nafas panjang dan melepaskan nafas itu perlahan. Lega hatinya dapat menyatakan
perkara yang menjadi penyebab mengapa dia tdak mampu menerima Faizi.
Tangan Elly ditarik perlahan. Faizi memberanikan dirinya
untuk mendekati Elly. Dia memusingkan tubuh Elly menghadapnya. Kali ini tubuh mereka begitu rapat sehinggakan Elly dapat mendengar hembusan nafas Faizi.
“Elly pandang mata saya”, pinta Faizi. Lama Faizi menanti, akhirnya Elly yang dari tadi tunduk, perlahan-lahan mendongakkan kepalanya. Anak mata
mereka bertemu. Entah mengapa, hati Elly menjadi lembut menuruti apa yang di pinta oleh Faizi. Dia langsung tidak membantah.
“Elly, Allah pertemukan kita dengan seseorang itu bersebab.
Mengapa awak masih memandang ke belakang untuk mencapai kebahagian awak yang
berada di hadpan. Dia insan biasa yang sama seperti kita. Manusia tak terlepas
dari melakukan kesilapan Elly. Perpisahan awak dengan dia juga adalah perancangan
dari Allah. Mungkin inilah musabab kenapa awak berpisah dengan dia. Dan mengapa
saya juga berpisah dengan kekasih saya dulu. Sebab awak ditakdirkan
untuk saya”, lembut setiap kata-kata Faizi. Ikhlas dari hati Faizi dia
menyatakan hasratnya.
“tapi saya”, Elly
tidak mampu menghabiskn kata-katanya. Kali ini, kata-kata Faizi
terekesan pada hati Elly. Elly mati akal untukmematahkan hasrat lelaki itu.
“Elly, give me change untuk bahagiakan awak. Saya yakin awak
adalah jodoh saya”, Faizi mengenggam kemas jari kecil milik Elly. Lama mereka berdiam dalam bilik itu.Mereka melayan perasaan masing-masing.
“Bagi saya masa”, pinta Elly ringkas. Elly memandang anak
mata coklat milik Faizi. Dia mencari kebenaran setiap kata-kata dari anak
mata lelaki itu.
Faizi tersenyum mendengar permintaan Elly. Faizi mengangguk
tanda akur dengan permintaan Elly. Bagi Faizi, dia tidak perlu mamaksa hati
sesorang untuk menerima hatinya. Kalau sudah tertulis Elly jodohnya, tetap juga Elly itu miliknya kelak.
“everything for you dear”, dia mengusap perlahan kepala Elly. Elly membalas senyuman Faizi.
_________________________________________________________________________
"Hai Im, I rindukan you. Boleh tak you teman I keluar hari
ni", Wani yang tiba-tiba muncul dari arah belakang selepas Imran keluar dari perut keretanya.
"Wani, bila you nak berubah? I dah penat dangan perangai you.
Kelab, shopping balik dengan mabuk. Enough Wani. Enough !!!”, geram Imran apabila Wani menelefonya berkali-kali sejak di bilik mesyuarat lagi.
"Im, kenapa dengan you ni? I cakap baik-baik dgn you, tapi
you tiba tiba nak marah I kenapa? Oo, I see, you dah jumpa balik dengan kekasih
you dulukan? Siapa nama dia? Oh, I dah ingat Ellysya Rinie Nur Husna, right?” Wani
ketawa kuat di belakang Imran.
Langkah laju Imran yang tadi cuba untuk mengelak daripada Wani terhenti serta mata apabila nama gadis pujaannya keluar dari mulut Wani. Dia berpatah balik dan mendekati Wani yang sedang ketawa kuat dari tadi.
“Wani, I warning kat you, jangan sesekali you dekat denagn Elly. Kalau tak, nahas you I kerjakan”, Imran memberi amaran kepada Wani. Dia
cukup kenal dengan sikap Wani yang sanggup melakukan tindakan yang di luar
jangkaannya. dia terus meninggalkan Wani di bawah matahari yang panas terik.
bersambung...
qudwahquratulaini~

No comments:
Post a Comment