Seusai melakukan solat isyak Elly berjalan menuruni anak
tangga. Elly selalu ingat pesanan dari arwah ibunya, solat merupakan tiang
agama. Jangan pernah melanggar apa yang Pencipta dirinya perintahkan. Elly tinggal sebumbung dengan sahabatnya sejak
di bangku sekolah lagi. Rina sememngnya faham keadaan keluarga Elly yang
mempunyai beberapa konflik sejak pemergian ayah dan ibunnya. Elly anak tunggal
dan tiada saudara mara. Nasibnya langsung tidak di endahkan oleh saudara
maranya. Oleh sebab itu, selepas Rina mendengar semua pengakuan Elly, Rina
terus membawa Elly untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.
“Rina, nak air Nescafe tak?”, Sapa Elly kepada Rina yang sedang enak duduk
menyandar di sofa baldu merah sambil menonton cerita kegemarannya ‘Fabulous
Neighbor’.
“Nak nak, terima kasih El. Sayang kau”, Balas Rina, tapi
matanya masih tidak berkalih dari cerita yang di tonton itu. Elly pergi ke
dapur dan membancuh Nescafe ke dalam dua mug
comel yang mereka beli semasa bercuti di Cameron Highland. Kemudian di letak
mug tersebut di atas meja dan Elly turut duduk sama menonton cerita Fabulous
Neighbor.
“El, macam mana interview tadi? Okey?”, soal Rina tiba-tiba setelah masing-masing diam menontot
drama korea.
“Bolehlah”, hanya sepatah yang keluar dari mulut mungil
Elly. Geram dalam hati Elly dengan apa yang berlaku siang tadi masih tidak
hilang. Tiba-tiba wajah Faizi muncul dalam mindanya. Elly melepaskan keluhan
dan menghirup nescafe panas yang di bancuh tadi.
“Suara kau tu macam tak okey
je El. Setahu aku, tempat kau kerja tu syarikat Tuan Fazrul Faizi Iskandar
kan? Dia single lagi kan? Sbab aku dengar dia baru clash dengan kekasih dia kan”, bertalu- talu soalan yang diajukan
oleh Rina kepada Elly.
“Yerlah kot. Aku tak tahulah Rina. Aku ini pekerja baru kat
situ”, malas Elly nak bercerita mengenai lelaki itu.
“Eh, bunyi macam tak suka je El ?. Atau dia dah suka kat
kau.”, Rina saja mengusik Elly. Terkelip-kelip mata rina memandang sahabatnya. Tekaan
Rina membuatkan hirupan air nescafe di mulutnya tersekat di kerongkong. Elly tersedak.
Terbatuk-batuk Elly apabila Rina berkata begitu.
“Rina, panas air ni tau. Melecur bibir aku”, Elly membuat
muka. Dia meraba-raba bibirnya menggunakan tangannya.
“Sorry, tapi betul
ke? Kalau tak mana tidaknya kau tersedak macam ni?”, Rina tergelak melihat raut
wajah Elly yang sudah merona merah menahan rasa panas pada bibirnya. Bibirnya yang
mungel itu diketap menahan sakit.
“Rina, kau ni suka merepak macam ni tau”, Elly membaling
bantal kecil ke arah Rina. Namun, rina lebih tangkas menyambut bantal tersebut.
Rina menjelirkan lidah ke arah Elly.
‘Pon!! Pon!!!’ Bunyi hon di luar rumah. Elly dan Rina saling
berpandangan.
“Eh, kau ada suruh Helmi datang ke? “, soal Elly. Helmi merupakan
teman lelaki Rina. Tapi tidak mungkin Helmi datang ke rumah dalam waktu malam macam
ini. Nanti apa pula pandanagan jiran terhadap mereka.
“Mana ada. Helmi outstation dekat Penang . Aku dah cerita
kat kau semalamkan Elly.”, jelas Rina mengingatkan Elly.
“Habis siapa pula kat luar tu?”, Mereka bingkas bangun dan
mencapai tudung yang disangkutkan di tepi pintu. Memang mereka sengaja
menyangkutkan tudung di sebelah pintu, bersedia kalau waktu-waktu emergency seperti ini. Mereka terkocoh-kocoh
keluar dari pintu rumah, sebab bunyi hon kereta itu yang ditekan bertalu-talu oleh
pemandu itu pasti akan menggangu jiran-jiran mereka. Mereka tidak mahu ada
kekecohan berlaku , apatah lagi hubungn mereka dengan jiran-jiran sangat baik.
Setibanya dipintu pagar, terdapat sebuah kereta Nissan GT-R
berwarna merah di depan rumah mereka. Meraka saling berpandangan kerana mereka
langsung tidak mengenali empunya kereta yang mewah itu. Setelah mereka berada
di pintu pagar, bunyi hon yang ditekan oleh pemndu kereta itu berhenti. Pintu kereta di buka.
“Awak!!”, Elly mencengkek pinggang sambil jari telunjuk
tepat ke arah lelaki itu.
bersambung
qudwahquratulaini~

No comments:
Post a Comment