Tidak sangka, bunyi hon yang di tekan bertalu-talu itu
rupanya dari Faizi.
‘Mamat Senget’, detik hatinya.
“Yer saya. Kenapa terejut?”,lelaki itu mengeyitkan mata ke arah
Rina. Rina yang berada di belakang Elly membuat big thumb ke arah lelaki itu. Panggilan daripada Faizi petang tadi
yang menyatakan tujuan dia ingin mendekati Elly, Rina membantu Faizi melaksanakan
hasratnya untuk datang ke rumah. Elly laju memusingkan badannya ke belakang
selepas melihat tindakan lelaki itu. Elly memandang tepat ke wajah Rina. Rina
tersenyum sumbing.
“Sorry El, aku cuma
nak tolong dia”, Rina mengetap bibirnya ketakutan
“Cik Elly tak perlu marah dia, saya yang paksa dia bagi
alamat rumah awak ni”, Faizi tidak mahu
persahabatan antara mereka keruh kerana tindakannya itu.
“Awak tahu tak, cara awak ni tak manis kalau jiran-jiran tengok
tau. Awak tahulah mulut orang-orang kat sini. Diorang cuma cakap apa diorang nampak”, kali ini
nada suara Elly sedikit bergetar mungkin dia sedang menahan marah.
“Cik Elly, boleh tak awak jangan suka marah-marah macam ni. Dari
pagi tadi sampai malam ini, berapa banyak urat awak putus. Berkedut muka tu
nanti Cik Elly. Bila dah berkedut, takde pulak yang masuk meminang Cik Elly nanti.
Silap hari bulan awak jadi anak dara tua macam mana?”, Faizi cuba menjernihkan
keadaan.
“Hey awak. Saya hormat awak sebab awak bos saya. Jangan sampai
dengan cara awak macam ni hilang rasa hormat saya pada awak. Dan saya tak nak
awak stalker latar belakang diri saya. Dan lagi satu awak…,” belum sempat Elly
menghabiskan kata-katanya Faizi terus menuju kereta dan kembali semula
mendekati Elly sambil membawa satu kotak
yang sudah berbalut kemas bewarna biru muda. Faizi mencapai tangan Elly dan memberi
bungkusan itu kepada Elly.
“Lagi awak marah saya, lagi saya sukakan awak, saya minta
maaf. Jumpa esok. Jangan lupa cuci kaki
sebelum tidur dan wuduk. Biar rasa marah awak tu pergi dengan titisan air wuduk
tu. Selamat malam”, Faizi membisik ke telinga Elly dan terus berjalan menuju ke
keretanya tanpa memandang langsung ke arah Elly.
Elly langsung tidak mengendahkan kata-kata yang dibisikkan
oleh Faizi tadi. Baginya, kata-kata Faizi tadi bagaikan angin lalu. Elly. Tanpa
mereka sedari, ada seseorang yang sedang memerhati mereka dari jauh di dalam
kereta. Tidak lama kemudian, sebuah kereta memecut laju. Elly hanya sempat
melihat sekilas lalu sahaja.
“Siapa pulak yang bawa kereta laju gile kat taman perumahan
aku ni. Kalau yer pun nak drift,
pergilah tempat yang straregik sikit.” Mulut
Elly mengomel sendiri. Tambah lagi hatinya masih geram dengan kejadian yang
berlaku tadi.
bersambung...
qudwahquratulaini~

No comments:
Post a Comment